Uhh .. alahai peniaga kita ..... saman-menyaman ... kes berpunca kerana design tudung je. Mushkil gak saya, bagaimana mereka tahu sesuatu corak dan design pada tudung itu hak yang ini ....hak yang itu ...

Bukan apa, di zaman serba canggih ini ... macam-macam leh diklonkan .... inikan pula design tudung yang hari-hari ramai muslimah pakai. Saya terasa perkara seperti ini boleh diselesaikan cara baik .. dari bergaduh saman menyaman seperti ini, baiklah dibuat kerjasama .. itu lebih menguntungkan terutama buat pembeli serta peminat. Tak perlu gaduh macam ni ...

Fareeda (Nyata Jelita) Disaman RM1 Juta oleh ButikMama

Fareeda (Nyata Jelita) Disaman RM1 Juta oleh ButikMama
Apapun, bila dah jadi kes mahkamah ... kita yang pengguna ni kena diam je ler ... tak leh sebut, cakap banyak-banyak ... nanti kita lak kena saman ... aha .. ado duit ko?

Memetik Harian Metro:

SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.

Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.

Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.

Terkilan dengan tindakan itu, plaintif menghantar e-mel kepada defendan memohon supaya semua status dan kenyataan itu dipadamkan, tetapi tidak mendapat maklum balas.

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan daripada peniaga Butik Mama yang memberitahu mereka diugut defendan menerusi e-mel dan SMS daripada berniaga produk syarikatnya.

Pihaknya sekali lagi menghantar e-mel kepada defendan untuk membantah tindakan itu dengan menyatakan produk tudung miliknya tidak meniru produk Fareeda.

Selain itu, plaintif memohon defendan menghentikan semua dakwaan yang dikemukakan tanpa bukti dan ugutan terhadap peniaga, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Plaintif seterusnya mendakwa perkataan fitnah di facebook itu bermaksud pihaknya tidak jujur meniru reka bentuk produk defendan dan melanggar haknya yang didaftarkan dengan Pendaftar Harta Intelek.

Dakwanya, ia juga bererti pihaknya mengamalkan cara tidak jujur dan menipu dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Menurutnya, ia juga bermaksud defendan mendorong dan menghasut orang ramai untuk memulau, menarik diri atau menjauhi perniagaannya.

Selain itu katanya, ia bererti plaintif adalah individu korup, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak tahu malu.

Oleh itu, pihaknya memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dengan faedah empat peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
..
..
Fuh. Berat kalau dah main saman menyaman ni. Bukan sikit tu nilainya .. RM1 Juta. Moga apa yang tersiar di akhar menjadi pedoman dan ingatan buat semua peniaga.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak ikutkan banyak tudung murah kat jalan TAr semua patent/fesyen samo jek..

    BalasPadam
  2. Entahlah... macam2 sekrang ni... merata rata butik ade jual design yg sama..

    BalasPadam
  3. apa laaa... yg kat luar sana kot2 nye byk lg yg ciplak.. org yg ciplak tu apasal tak disaman jugak??

    BalasPadam
  4. Dari bait ayat dalam entri ini...saman tu ok kot...sebab di fitnah dan di ugut..walaupun telah cuba diselesaikan cara baik (hantar email)....diaorang ade nama/brand...jadi demi menjaga nama dan brand atau maruah (mungkin)...samanlah jalannye (bagi yg rasa ia dipihak yang benar...)

    kalau dah confirm org tiru/ciplak produk kita....kenapa Fareeda tak saman Mama dari menulis status di FB? kan dah kena saman fitnah...

    HAL DUIT NI...manusia boleh jadi bukan manusia..wallahualam..:)

    BalasPadam
  5. @linda@ibusumaiyah@tuttyfruity Payah berinteraksi guna laman maya, kan lebih baik sejak dari awal terus bersemuka ... lebih mudah. Orang dahtak suka nak jumpa2 dah kot.

    BalasPadam
  6. :)...betul...bersemuka dan berbincang lebih baik....mesti ade keputusan yang boleh di capai kalau bermesyuarah...

    BalasPadam
  7. Mmg patot pun saman. Sapa suh fitnah...blambak fesyen tdung yg sama. .

    BalasPadam
  8. Fesyen tudung pun ada bermacam-macam.

    BalasPadam
  9. Haah, sama je pun kat pasaran berlambak2 benda sama. harga je yang memang mahal. hehehhe, nasib la daku bukan penggemar kedua2 jenama

    BalasPadam
  10. Aku tiru KO ,KO tiru aku :)
    Mcm2 .Bila la mlyu nk maju.asyik tindas menindas
    Ikut la rezeki masing2
    Rezeki ni luas..

    BalasPadam
  11. Aku tiru KO ,KO tiru aku :)
    Mcm2 .Bila la mlyu nk maju.Tindas menindas
    Ikut la rezeki masing2
    Rezeki ni luas..

    BalasPadam
  12. Salam. Fareeda nk saman butik mama?
    Fareeda syg oiii awak tu x da trade mark. Sekiranye ade trade mark, klo nk saman sila lah sekiranya pesaing awak tu ade copy paste tudung awak. Ni x da. Ini hak kebebsan peniaga srkiranye nk copy paste ke sbb diowang ade hak utk menaikkn name perniagaan sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement