Ketam Bunga dan Ketam Nipah. Foto: Permata Wangia
As-Salam.
Buat mereka yang suka makan ketam, tentu dah tahu tips yang akan HH kongsikan ini. Ketam, memang sedap walaupun ada cangkerang atau kulit keras yang melindungi isinya yang manis. Ada banyak cara nak masak ketam yang sedap, tetapi bagaimana masakan nak sedap andai ketam itu tak segar. Untuk mendapatkan satu masakan melibatkan ketam yang sedap, cuba ikuti beberapa tips dan panduan untuk memilih ketam segar.

10 Tips Memilih Ketam Segar

  1. Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana dikatakan isi ketam yang ditangkap waktu ini adalah padat. 
  2. Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu segar.
  3. Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain tunjukkan isinya padat.
  4. Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam - tiga segi kat belakang, kalau masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
  5. Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu .... faham-faham aje la ehh.
  6. Kaki ketam masih kuat melekat pada badan. Mata ketam mesti ada lagi, jangan dah tercabut lak. Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
  7. Jika berpeluang untuk memilih dalam banyak pilihan, pilih ketam betina. Ketam betina ni, ada telur dan bahagian bawah tempat boleh kopek tu selalunya lebih lebar dan bukan tirus. Selalunya ketam betina lebih banyak isi.
  8. Ketam betina badan agak bulat, dan sepit yang ada adalah lebih pendek. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu, kurang warna biru.
  9. Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok2 atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar. 
  10. Pilih ketam yang hidup ... sah2 punya segar .. hehehehe... :P

Ketam juga bukan semua boleh dimakan oleh umat Islam, Ketam Batu adalah haram dimakan kerana ianya dua alam. Ramai yang salah sangka antara Ketam Batu dengan Ketam Nipah.

Ketam Batu
Ketam Nipah
Ketam yang haram dimakan, apabila dimasak akan berbau busuk ... jika dari segi rasa ... erkk pahit ..huhuhuhuhu..... 
Betina
Jantan
Andai dah dimasak, isi ketam yang segar adalah berketul jika dibandingkan dengan ketam yang dah lama, yang akan hancur bila dimasak.

Sumber: Forum Mesra

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampak sedap. tp kite allergic (T______T)

    BalasPadam
  2. wah..pas nie sy dah pandai pilih ketam betine yg gemok2..hahaha..thanks 4 info =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketam betina tak gemuk,lebih kcil dari ketam jantan,cuma yang membezakannya ialah walaupun kecil tapi lebih berat dari ketam jantan,manakala isinya padat berbanding ketam jantan yang nampak bergaya,besar namun isinya sedikit....wohahaha

      Padam
  3. bru dpt ketam nipah kakak bagi...info ni mmg berguna hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement