Manusia Bertukar Menjadi Babi!

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
As-Salam.
Pernah tak dengar kisah manusia bertukar menjadi babi satu masa dahulu? Pernah tak? Dulu, memang kisah manusia jadi babi ini hangat diperkatakan di kalangan rakyat marhein ...ketika itu HH masih lagi dalam persediaan matrikulasi sains di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), yang terletak di Taiping.

Kisah manusia jadi babi ini, HH dengar dan tahu menerusi khutbah jumaat di masjid Telekom (Taman Lake View) yang terletak berdekatan dengan Seratas. Kalau sholat jumaat, kami ...pelajar2 Seratas akan ke situ memandangkan ia adalah masjid paling dekat. Jalan kaki ...jauh gak .... sempat gak la ketiak basah lencun.

Lama dah kisah ini .... teringat lagi waktu itu, sedang dengar khutbah ... ramai jemaah yang hadir menangis teresak-esak .... mungkin dek kerana khutbah yang diberikan sungguh mengesan di hati.

"Wahai penzina-penzina di luar sana .. bertaubatlah kamu ... jangan sampai azab tiba pada diri kamu!" ... gitulah gema nada khatib yang membacakan khutbah pada hari itu. Memang getar hati ..... meremang bulu roma.

Di akhir sholat Jumaat ..... doa dibacakan imam sholat jumaat .... membuatkan ramai mengucapkan amin sambil teresak-esak. HH lihat ada pemuda mengalirkan air mata sampai nampak bengkak kelompak matanya.

Sehingga kini, peristiwa ini masih terbayang di ingatan HH ... buatkan HH supaya beringat ... mengapa manusia itu bertukar menjadi babi .... (anda google dan cari kenapa ... )


Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.