Terowong Karak | Terowong Jalanraya Pertama di Malaysia

Terowong Karak. Foto: Cikgu Azhar
As-Salam.
Terowong Karak, sebuah terowong yang usianya lebih lama daripada Terowong Menora yang terletak di Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Kuala Kangsar. Terowong Karak merupakan terowong jalan raya yang pertama di Malaysia. Ianya terletak di Genting Sempah, Pahang.

Semasa HH kecil lagi, terowong ini sudah berada dalam ingatan HH. Tatkala seisi keluarga pada ketika itu hendak pulang ke kampung, pasti akan melalui terowong ini. Ia satu detik paling best ketika naik bas ekspress dari Kuantan ke Ipoh. Mana taknya, jalan yang gelap gelita tetiba jadi terang benderang bila masuk ke Terowong Karak. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda

Terowong Karak, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, tinggi terowong pula ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki, ianya ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempadan negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut. 

Terdapat laluan pejalan kaki di dalam Terowong Karak. Foto: Cikgu Azhar

Di dalam terowong, ada laluan pejalan kaki atau kecemasan. Ia juga disediakan sistem keselamatan CCTV serta punyai telefon keselamatan bagi menghubungi kakitangan JKR yang bertugas 24 jam.

Pembinaan terowong ini melibatkan tiga syarikat pemaju iaitu Syarikat Italian-Thai Development Corporation, Korea Development Corporation serta Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun.

Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07 Januari 1978.

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com