Didik Anak Harus Berhikmah | 5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak

As-Salam.
Ada komen yang dititipkan mengenai entri ini: Didikan Anak | Bancuhan Berbeza, Acuhan Mesti Sama

Katanya begini:
Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.
KM nampak sekarang ni ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang..... boleh baca lagi di entri berkenaan.

Jadi bagaimana nak mendidik anak kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya ialah menghukum dengan merotan anak-anak. 

Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:

5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)

Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.

Kita perlu berhikmah dan sabar dalam mendidik anak-anak, silap didik mereka tidak akan menjadi apa yang kita harapkan iaitu menjadi anak yang soleh.

Post a Comment

4 Comments

  1. mendidik ini bkn satu proses yg mudah.. kena byk bersabar, berdoa, menasihati, bercerita dan mcm2 lg... inilah tanggungjawab yg plg sukar utk ibubapa melentur dan membentuk keperibadian ank2.. msg2 ada cara msg2 cuma jgn berlebih-lebihan dlm menunjukkan kasih syg terhadap anak spt komen yg tertera di atas... mendidik ini perlu bermula dari kecil dan dgn cara yg sesuai mengikut usia...

    ReplyDelete
  2. ada baiknya kita memberitahu anak apa sebab kita marah atau pukul dia supaya dia tahu perbuatannya itu salah.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.