Boleh Ke Nak Kusyuk Dalam Sholat?

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA

As-Salam.
Dulu, masa HH sekolah, memang soal kusyuk dalam sholat ni dah berkali-kali diberitahu oleh ustaz dan ustazah. Tak jemu-jemu mereka menasihati dan memberikan tips. Yelah, ia bukan sesuatu yang mudah nak dilakukan, kerana itulah mereka terus-terus menasihati walaupun kaki sudah selangkah keluar dari pintu pagar sekolah.

Begitupun, HH masih lagi tercari cara terbaik untuk mendapatkan kusyuk itu. Kata kawan HH, yang memang aktif dalam dakwah, dia kata .... "Kalau nak kusyuk, fikirkan ia sholat terakhir yang akan didirikan" ..... itu kata dia. Dan HH pasti, dia bukan sekadar kata kosong, ada guru yang telah berikan panduan tersebut.

Teringat lagi, ada seorang kawan ... masa matrikulasi, dia nasihat .... "Demo mana nak kusyuk, wuduk pun tak tentu sempurna ...demo kenalah sempurna wuduk ..... baru mari kusyuk dalam sholat".

HH faham apa yang cuba disampaikan oleh kawan-kawan HH tu. Soal mereka kusyuk atau tidak, itu tak mahu diambil tahu sebab kusyuk ini tidak dapat ditakrfikan semudah memangkah kertas jawapan. Ia sesuatu yang lahir dari hati, sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar.

Boleh ke nak kusyuk dalam sholat? Antara panduan dan tips yang pernah HH terima, dan ingin kongsikan dengan semua ialah ...

5 Panduan Ringkas Untuk Kusyuk Dalam Sholat
  1. Bersedia dari wuduk. Semasa wuduk ada doa-doa tertentu, namun memadai dengan bismillah. Time tu kena tetapkan hati untuk menunaikan sholat.
  2. Faham apa yang dibacakan ketika sholat. Ketahui maksud setiap doa, setiap zikir, setiap bacaan .... jika baca surah, bacalah surah yang mudah untuk kita dalami maksudnya.
  3. 'Hilang ingatan' soal dunia sebentar. Jangan fikirkan pasal assignment yang tak siap, lupakan dulu soal kasut mahal yang diletakkan di tangga. Tinggalkan dulu soal pakwe dan makwe. Cuba bayangkan diri berada di hadapan Allah Taala.....Tuhan Sekalian Alam.
  4. Inilah solat terakhir yang akan dibuat. Bila fikirkan begini, sudah tentu gerun rasa di hati, adakah ini akhirannya nanti.
  5. Ingati apa yang akan berlaku pada diri selepas kita mati, adakah kita akan ditakdirkan selamat mahupun tidak.

Moga apa yang dikongsikan ini dapat HH dan kawan-kawan yang membaca memanfaatkan bersama. Jika tidak dapat lakukan sekarang, ingat sahaja apa yang telah disampaikan. InsyaAllah, suatu hari nanti, bila hati yang keras jadi lembut, bila hati sedang dalam resah .... akan ingat akan tatacara dan panduan ini untuk kusyuk sholat. InsyaAllah.

*p.s: Pejam mata mungkin boleh buat kita kusyuk ....

Post a Comment

0 Comments