>
bisnes shopee
As-Salam.
Dah lama HH tak naik bas ekspress, malah ... rasanya dah tak tahu bagaimana feel menaiki sebuah bas. Dulu, zaman bujang memang bas adalah antara pengangkutan utama. Lebih-lebih lagi pernah buat kajian pasal pengangkutan bas di sekitar Pulau Pinang satu ketika dulu.

Bas 2 tingkat, memang tak pernah jejak kaki la. Ini bas zaman remaja sekarang, bukan zaman HH. Dulu, HH naik bas style ada tukang tiket, tukang check tiket, kena tekan butang bulat merah kalau nak turun, dan leh turun depan rumah ... hehhehe... skrang tak lagi (kot).

Ramai kata, bas ekspres dua tingkat tak berapa selamat, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh. HH .. jiran adalah seorang pemandu bas ekspress, dan dia bawak bas dua tingkat. Katanya, memang perlu ada kemahiran tinggi nak bawa bas ekpress dua tingkat ni, bukan leh bawa macam bas biasa. Dia kata kena pandai bajet sebab saiz berbeza, dan perspektif untuk memandu bas ini juga berbeza.

Tapi itulah, HH agak kecewa sebenarnya, apabila dan sepatutnya kajian terlebih dahulu dibuat untuk membenerkan penggunaan bas 2 tingkat ini. Ia sepatutnya dikaji dari segala aspek, baik untuk pemandu, cara pemanduan, aspek jalanraya dan lebuhraya kita, dari segi jarak perjalanan dan sebagainya.

Setakat yang HH tahu, tiada pun kajian mengenainya. Cuma baru-baru ni je ada kajian dari beberapa pelajar IPT yang dalam pengkhususan bidang pengangkutan serta trafik (kejuruteraan awam) mengenai perkara ini, itupun sebab dah ada nahas membabitkan bas 2 tingkat.

Sekali lagi ... kita tak terngadah baru nak mengaduh .... huhuhu....mengaduh bila dah terhantuk ...


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. sepatutnya jgn dah terhantuk baru terngadah...

    ReplyDelete
  2. Sememangnya bas dua tingkat tidak sesuai di negara kita terutama kita kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland..keadaan jln yg curam dan berselekoh boleh mendatangkan bahaya kepada pemanduan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Klik Sini Untuk Tahu Caranya