As-Salam.
Bahasa ialah satu alat komunikasi sesama manusia. Dalam dunia ini ada lebih dari berjuta bahasa, termasuklah slanga dan loghat. Malah, dalam Malaysia sendiri ada banyak bahasa, termasuklah bahasa-bahasa pribumi dan bahasa budaya.

Hebatnya bahasa sehingga ia boleh menyatukan. Lihat sahaja bangsa Indonesia. Mereka bersatu padu dalam satu bahasa tidak kira mereka berbangsa cina atau india (ada india ke kat indonesia ehh?). Negara Thailand misalnya, Jepun contohnya ... bagaimana bangsa-bangsa ini kuat hanya dari bahasa serumpun yang serupa.

‘Orang berbudi, kita berbahasa’. ‘Bahasa jiwa bangsa’. Itulah antara katakata yang dapat kita lihat betapa pentingnya bahasa. Apabila kita imbas kembali di zaman era Tan Sri P Ramlee, bahasa yang digunakan cukup indah dan sedap didengar.

Bahasa kini semakin berevolusi dengan sendirinya. Banyak perkataan baru muncul dek kerana percakapan dan pertuturan setiap hari. Malah, hari ini ada perkataan-perkataan yang muncul berdasarkan golongan tertentu. Remaja dengan bahasa remaja, ahli politik dengan bahasa politiknya, golongan kaya dengan bahasa korporat mereka.

Dan HH sendiri kadangkala sukar nak faham bila mana ada bahasa-bahasa yang timbul akibat kecenderungan teknologi yang mengubahnya. Misalnya bahasa SMS, perghhh HH sampai pening jugak nak faham bila ada singkatan-singkatan yang tak biasa digunakan. Ada juga blog yang gunakan bahasa-bahasa yang hanya si penulis je yang faham. Adehhh ...

Mungkin bagi kita bahasa sebegitu tidak melambangkan apa-apa dan mungkin bahasa hanyalah satu wadah dalam menyampaikan maksud namun bagi saya bahasa melangkaui itu semua. Bahasa merupakan lambang keperibadian.

Bahasa itu adalah perlambangan seseorang itu, perlambangan corak pemikirannya serta perlambangan keadaannya. Cuba direnungkan kembali penggunaan bahasa sewaktu anda bercinta, adakah ia berbeza penggunaannya sewaktu anda tertekan dan mungkin jauh sekali perbezaannya sewaktu anda marah. Benar kata orang dahulu bahawa bahasa jiwa bangsa kerana wujudnya bangsa itu adalah daripada keberadaan kita sendiri. 

Maka, hargai, jiwai dan gunakan bahasa dengan betul..... errrkkk HH sendiri pun banyak kena perbetulkan.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. tapi sekarang ni.. banyak yg telah rosak.. bahasa mcm2 muncul.. sadis nye masyarakat kini ~

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Terbaru Lebih lama