Apa perlu dilakukan jika kereta anda tenggelam semasa banjir? Anda perlu baca seandainya kereta anda terlibat dengan banjir! Kereta tidak dilindungi insurans kenderaan jika hadapi masalah disebabkan banjir besar. Jadi anda harus tahu apa yang perlu dilakukan apabila harta benda terutama kereta anda yang belum habis bayar tu menjadi 'mangsa' banjir.

Saya nak kongsikan perkara pertama yang harus, perlu dan tidak perlu anda lakukan ke atas kenderaan anda apabila banjir telah surut. Lebih-lebih lagi jika anda syaki kereta anda tenggelam semasa banjir berlaku.
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Kereta Anda Tenggelam Semasa Banjir

Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Selepas Banjir - Apabila Kereta Tenggelam Semasa Banjir

  • Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
  • Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.
  • Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
  • Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.
  • Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
  • Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
  • Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).


Moga perkongsian ini memberikan manfaat pada mereka yang mencari .. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas info yang berguna.serius BLUR bila kereta dah kena banjir..he3

    BalasPadam
  2. nice info..:)
    terima kasih..walaupun saya tak ada kereta lagi..akan ingat perkara ni.

    BalasPadam
  3. info yg ni mmg sgt berguna..kene alert la lps ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement