As-Salam.
Kalau nak diceritakan kisah kejayaan rakan-rakan saya, memang banyak boleh saya ceritakan. Mereka ini satu inspirasi. Mereka bangkit dari kegagalan lampau. Mereka rakan-rakan saya yang saya segani dan hormati.
Saya ada seorang sahabat, dia kini seorang peguam dan sedang menetap di Putrajaya. Saya kenal sejak tingkatan empat di Sek. Men. Sains Teluk Intan. Seorang anak yang baik, seorang suami penyanyang dan seorang yang kuat bekerja dan tak kenal erti putus asa.
Dulu, dia pernah ditendang keluar dari sebuah IPT, kerana jumlah kreditnya tak menepati piawai. Dia dianggap kegagalan bagi fakultinya. Lalu, selepas beberapa ketika, selepas diberikan semangat berusaha, dia kembali sambung belajar. Meneruskan pengajian di sebuah IPT lain, yang nyata menjadikan dia pelajar tua di kalangan yang lain.
Mungkin kerana pernah merasa peritnya satu kegagalan dalam pelajaran, dia akhirnya berjaya menghabiskan kuliah dan gengam ijazah untuk menjadi seorang peguam ....pernah aktif dalam kegiatan dakwah kumpulan tabligh, dan ayahnya merupakan seorang mualaf dan boleh dikatakan 'ketua gangster' di kawasan Rawang sedikit masa dahulu ... erkk (dia cakap la)
Siapa sahabat saya, biar saya dan Tuhan je yang tahu. Buat anda semua, jangan cepat mengalah dalam perkara yang boleh membantu diri untuk maju. Bila berusaha, pasti akan ada kejayaan.
*p.s: Sahabat saya itu kuat mentalnya kerana dia didedahkan dengan kumpulan tabligh. Sehingga kini, sebagai peguam, dia juga seorang pendakwah....
usaha tangga kejayaan dan sekali gagal bukan berarti gagal selamanya
ReplyDeletebelajar dari kesilapan dan mendapat peluang kali kedua merupakan batu loncatan untuk usaha dan berjaya
ReplyDeletesapa bro? aku kenal ka? maklumlah aku form 4 sekolah lain plak...
ReplyDeletesebab 2 kena pilih sahabat yang betul, supaya mereka boleh jadi inspirasi pada kita..
ReplyDeleteboleh je berkawan dengan sesiapa pun, yang penting pandai bw diri..
@fahmi mohd nilam Tak, hang tak kenal.
ReplyDeletegagal bukan maknanya xde rezeki.
ReplyDeletemenarik kisah ni.buat saya berkobar-kobar utk belajar utk jadi seperti dia juga.
ReplyDeletekalau dah rezeki tak ke mana.dan kegagalan bukan pengakhiran kehidupan sebaliknya permulaan kita utk berusaha lebih capai kejayaan.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**