Bagi kebanyakkan blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog, faktor loading blog sangatlah dititik-beratkan. Mengapa? Seandainya blog anda lambat nak load, bagaimana nak menyampaikan entri kepada pembaca? Pembaca akan menunggu terlalu lama untuk membaca entri, dek kerana menunggu akhirnya mereka bosan, lalu akan meninggalkan blog anda tanpa mesej dalam entri disampaikan kepada pembaca.

Rugi. Apa yang anda tulis di dalam blog tidak dibaca, ia jadi sia-sia. Bagaimana nak menyampaikan rasa hati dan luahan pendapat anda? Maka, perkara ini seharusnya diberikan perhatian buat blogger yang ambil berat akan pengisian yang mahu disampaikan.

Antara sebab blog menjadi lambat loading, adalah kerana terdapat terlalu banyak widget luar. Maksudnya, anda memasang widget yang bukan dari blogspot (bagi pengguna blogspot) ataupun bukan terbenam dalam hosting (buat mereka yang hosting sendiri).

Apabila memasang widget luar, masa untuk mengakses widget luar ini akan menjejaskan masa loading blog anda. Cara mudah nak kenalpasti berapa banyak widget luar adalah apabila anda buka blog anda, anda boleh lihat di bawah pelayar, berapa banyak capaian dilakukan. Atau ... anda boleh menggunakan cara ini: 

  1. Uptrends
  2. Pingdom

Dan berikut adalah paparan masa loading serta jumlah capaian luar widget untuk blog saya - HASRULHASSAN.COM menggunakan Uptrends-Web Performance Monitoring



Anda boleh nampak berapa jumlah html, berapa jumlah imej, jumlah objek dan sebagainya ... dan masa loading blog saya menggunakan kaedah ini adalah 5.0 saat.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement