Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam.
Ada terdengar bisik-bisik ini tak?

Bicara 1:
"Kau tau dia tu ada blog la ... hebat ..." kata si A.
"Blog? Apa benda tu ...  ngarut je semua tu ... tak pekdah ...." kata si B.

Bicara 2:
"Ehh .. dia tu blogger popular la ... kau perasan tak?" kata si X.
"Blogger? Apa tu .. dapat duit ke jadi blogger tu? Buang masa je buat blog-blog ni ..." kata si Y.

Bicara 3:
"Dari tadi dok depan PC je .. apa ke benda dok menatap blog tu .. " kata si W.
"Ni nak buat entri terbaru ... nak upkan trafik ke blog ..." kata si Blogger.
"Hmm dari tadi dok buat itu je .. apa best sangat ke? Apa dapat buat blog ni? Ada dapat income? Buang masa adalah ....." kata lagi si W.

Jadi, bukan best sangat pun anda ada blog. Dan bukan semua orang yang ada di sekeliling kita tahu apa itu blog, macam mana nak buat blog ... dan apa yang menariknya tentang blog. Tak ada apa pun sangat dengan title blogger tu ....

Kadangkala ada antara kita gah ..... pakai baju tulis "Aku Blogger" atau "Saya Ahli Kelab Blogger HasrulHassan" ... sedangkan tak ada benda tu. Poyo je lebih ... hahahaha.......


Tapi buat mereka yang ada blog, yang hari-hari dok update dan buat posting baru di dalam blognya mungkin ada tafsiran sendiri, ada komen sendiri, ada hujah tersendiri. Masing-masing yang bergelar blogger akan cuba pertahankan apa yang seronoknya berblog itu.

Mungkin ada kata, "oh dia blogger terkenal tu" ... Erkkk .. terkenal yang macam mana? Tak ada yang terkenalnya sangat pun ... takat dikenali sesama blogger je pun. 

Tak gitu wahai blogger semua?


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. btl btl .. blogger yang terkenal, di kalangan blogger jer.

    ReplyDelete
  2. blogging bes ape
    cis bg org yg th psl blog
    yehaaa~

    ReplyDelete
  3. betul betul betul! takat sesama blogger je kan...ape la sangat...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum hasrul...biarlah apa org nak ckp janji kita buat benda yg baik n berfaedah dr x ada buat apa2 tukn baiklah layan blog ni...:)

    ReplyDelete
  5. yang penting selalu bermuahasabah diri. :)

    ReplyDelete
  6. Berblog tu ..macam berseni juga...hanya org 'seni' je tahu menilai 'kesenian'...:)

    ReplyDelete
  7. blogging tu atas org. bagi yg bergelumang dgn blogging, tau la apa yg baiknya sbb dah rasa susah senangnya. kalo yg xtahu, smua dikata xde pekdah.

    ReplyDelete
  8. berblog dari hati baru besh! bila ada yang kenal alhamdulilah.. bila takde yang kenal? diam-diam sudah.. hehehehe :)

    ReplyDelete
  9. betul2... zaman dulu masa org belajar jadi jurutera, masyarakat kampung primitif bertanya, "jurutera? apa tu? boleh buatkan ladang kita subur ke? boleh jadikan laut penuh ikan ke? takde pekdahnya semua tu..."

    hairan mengapa org tak bertanyakan hal yg sama tentang kerjaya model, pramugari, pengarah filem, penyanyi, pelawak, pelakon dan komposer lagu...

    ReplyDelete
  10. bloging lebih seronok dari fb !!! haha biar status fb x update.. jngan blog yg x update.. hoho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement