Lonely Bed. Foto: Disaster Strikes
As-Salam.
Sebuah cerita untuk dikongsikan bersama, sebuah cerita buat kita lihat akan segala kebaikan yang boleh kita lakukan. Tak susah dan tak sukar, kebaikan boleh dibuat, dengan niat ikhlas.

Bermalam di Katil Seorang Lelaki

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa... lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.
Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula risau menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. Lalu, dia pergi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya;

"Siapa kamu?" 
 "Saya tertinggal bas dan tidak tahu arah ke mana saya harus pergi..." kata gadis itu. Lalu memberitahu tempat yang ingin dia pergi.

Berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada adalah di utara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal.

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam di pondok dia je sementara tunggu subuh utk dihantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk di penjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Bersambung .... (klik sini)

*p.s: Jangan lupa untuk ikuti sambungan cerita ini, apa berlaku pada gadis malang ini?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement