As-Salam.
Hujan lebat di luar. Sejak seminggu yang lalu, petang-petang akan hujan. Anak-anak pasti akan tidur siang sebab dah tiada aktiviti yang dijalankan. Kalau guruh dan petir, lagi cepatlah anak-anak masuk tidur. Tapi bukan kisah tidur yang nak saya bawakan kepada anda. Ini tentang kisah diri saya, diri anda dan diri kita. Tentang segala pengajaran yang telah diberikan dalam hidup selama ini.


Masih ingat di waktu anda putus cinta?
Mungkin Tuhan ingin kita bertemu dengan orang orang yang tidak baik sebelum kita bertemu dengan orang orang yang baik. Supaya waktu kita bertemu dengan orang baik, kita akan tahu bagaimana mengucap syukur dengan hadiah itu.

Masih ingat ketika hidup terasa sukar?
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka. Tetapi seringkali kita melihat waktu terasa begitu lama pada pintu yang tertutup sehingga kita tidak melihat ada satu pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

Masih ingat ketika bersama rakan karib?
Teman yang terbaik adalah seseorang yang akan duduk diam bersama mu di sebuah kerusi, tidak mengatakan sepatah katapun, lalu berjalan bersama dan kamu merasakan bahwa itu adalah suatu percakapan yang terindah yang pernah kamu alami.

Masih ingat ketika kita kehilangan orang yang disayangi?
Adalah benar bahawa kita tidak tahu apa yang telah kita perolehi sehinggalah kita kehilangannya tetapi adalah juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang telah hilang sampai saat ia datang.

Masih ingat di saat anda mula menerima cinta?
Memberikan kepada seseorang semua kasih sayangmu bukanlah sebuah jaminan mereka akan mengasihi kamu kembali. Jangan mengharapkan balasan tapi tunggulah sampai kasih itu tumbuh di dalam hati mereka tapi jika tidak berbahagialah kerana kasih itu tumbuh didalam diri mu sendiri.

Masih ingat kita anda dan pasangan bermasam muka?
Kamu hanya perlu satu minit untuk menyakiti seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mengasihi seseorang tetapi menghabiskan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. 

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!






Advertisement