Tanda-Tanda Mati

As-Salam.
Sesekali diri kita perlu diingatkan tentang perkara yang belum berlaku tetapi telah diberitahu dan diperingatkan kepada kita. Mati - bukan soal luarbiasa .... ia sebenarnya soal yang biasa jika kita sentiasa cuba mengingatinya.

Di sini saya kongsikan tentang tanda-tanda mati. Pasti dah ramai yang buat entri yang sama, namun anggaplah ini sebagai satu ingatan buat saya dan diri kita. Yelah, banyak sangat tertelan semut dan makan kepala ikan - leh lupa dibuatnya.

Tanda-Tanda Mati

  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar/bergetar.
  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
  • 7 hari : Mengidam makanan.
  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan.).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah S.W.T. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

6 Comments

  1. tapi hanya orang yang diizankan allah je dapat menyedari tanda-tanda ni kan?

    ReplyDelete
  2. subhanallah!

    tapi arwah ayah pernah cakap..hanya mereka yang tertentu sahaja yang boleh merasakan tanda-tanda ini..

    wallahualam.

    ReplyDelete
  3. SALAM SYAWAL,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  4. hanya org tertentu saja diizinkan tuhan dpt merasakan tanda2 ini. kalau tidak ramai yg nak mati bertaubat tiba-tiba.bertuah siapa yg tahu dia boleh hidup berapa lama lagi...

    ReplyDelete
  5. Macam tu rupanya...! sungguh besar kuasa Allah..

    ReplyDelete
  6. hanya org yg terpilih sj dapat merasa tanda2 nak mati.. mungkin kita, siapa yg tahu.. tp beruntung org yg dpt merasainya.. subhanallah...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.