Blog memang boleh buat duit. Bolehkah blog buat duit dan jana income? Jawapannya ialah memang boleh. Tak kiralah, seposen ke, dua posen ke, sepuluh ringgit, seribu ringgit ... malah blog boleh jana income sehingga puluh ribu ringgit jika tahu akan ilmunya.

"Hang buat blog ni, dapat apa2 ka? dapat duit tak?" tanya seorang kenalan lama.
"Ada dapat, tapi tak adalah sampai leh beli keter besau, takat beli prepaid, ok dah" jawab saya ringkas.
"Habis, hak tu yang kata dapat ribu-ribu tu betui ka?" ditanya lagi.
"Betullah tu, tapi tu blog dah popular, dah banyak trafik, dan ada nama sendiri dalam dunia internet" kata saya.

Blog Memang Boleh Buat Duit


Ya, blog memang boleh buat duit. Ikut cara, boleh buat duit dengan kadar cepat, dan kadar lambat. Cepat maksud saya di sini ialah, orang beli tempat dalam blog untuk mengiklan, terus dapat income, tak perlu klik2. Kena kerja keras sikit untuk blog tampil berbaloi untuk iklan. Kena trafik tinggi, kena ada tawaran menarik untuk melanggan ruang iklan. Perlu approach sendiri pengiklan.

Nak lagi cepat, buat blog perniagaan. Tetapi harus diingat, walaupun hanya dengan blog, anda perlu daftar perniagaan anda tersebut. Ianya tertakluk dalam akta, dan jangan risau, daftar niaga hanya ambik masa kurang 30 minit je, secara online dan kosnya pun sekitar kurang dari RM30. Buat blog bisnes, juallah apa yang nak anda jual, cuma jangan nipu pembeli dah ler.... :)

Yang lambat lak adalah menggunakan platform pengiklanan. Kerja mudah. Hanya letakkan coding, dan biarkan mereka mencari pengiklan. Hasilnya, jika ramai klik iklan, maka incomenya pasti menyengat.

Jika bertuah, blog anda mungkin terpilih untuk letak iklan yang lebih masyuk, contohnya Buffered Earnings (BE) dari Nuffnang ataupun Advertorial dari pengiklan yang berminat.

Dan kedua kaedah ini masing-masing memerlukan satu aspek yang nyata dan sama, iaitu trafik. Trafik kena tinggi .... andai tidak, maka sukar untuk memasarkan apa jua termasuklah ruang iklan. Macam anda buka kedai la jugak, dah buka, tapi tak ada orang masuk, macam mana barang nak jual ... simple je konsepnya kan? Nak kasik orang masuk, tempekla iklan ... :P

Amacam? Teruja nak buat duit dengan blog? Oppss nanti dulu, pastikan anda minat ... sebabnya bukan mudah nak peroleh pendapatan pertama dari blog, lagi-lagi pendapatan berterusan dari blog. Banyak usaha kena lakukan.


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macam2 cara nak buat duit sekarang ni, antara rajin dgn malas je

    BalasPadam
  2. setuju ngn entri nie..
    saya pon baru dapat merasa sikit:)

    baru lagi kan


    http://azrijohan.blogspot.com

    BalasPadam
  3. memang boleh!
    tapi Mas belum dpt apa2 hasil dari berblog...huhuhuhuuu

    BalasPadam
  4. wah! lain benonya blog ni..
    lama xsinggah sini haaa...
    hai HH!


    salam singgah!

    ▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬
    ♫♪ GOOD MORNING ♫♪
    ▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬

    *happy blogging*

    ╔══╗
    ╚╗╔╝
    ╔╝(¯`v´¯)
    ╚══`.¸.BLOGGING

    From ♥ weiyda!

    BalasPadam
  5. keh3...baharu sahaja post satu entry ttg blog boleh bikin duit ke atau tidak namun tiada kepastian sebabnya tiada bukti yg kukuh untuk di paparkan...:)

    BalasPadam
  6. asal rajin je..tp yg malas mcm sy lmbt sikit nk dapat kut..hihi

    BalasPadam
  7. baru dapat seciput jah dri blog uncle .. huhu

    BalasPadam
  8. kalo mls update mmg agak susah la..member pn ada jgak yg dah dpt habuan melalui blog..huu

    BalasPadam
  9. berusaha,berusaha,berusaha dan terus berusaha sampai anda berjaya

    BalasPadam
  10. Belum terfikir nak cari untung...! tapi mungkin akan dipertimbangkan :)

    BalasPadam
  11. Memang ramai yang dah buat duit, tetapi tak adalah sampai jadi jutawan, setakat nak bayar bil streamyx atau Unifi tu bolehla ...

    BalasPadam
  12. hehehe dah dapat dah,.. tapi kan dari churp churp lagi lumayan tau,.
    jom singgah ke blog saya,
    ade pelbagai aneka info2 terkini di blog macamnilahkita.com .
    tajuk hot hari ini,
    ''remaja perempuan dibunuh, dibakar gara2 tolak ajakan seks''
    ''pusat kebajikan zalim diserbu jkm''
    ''wanita berpurdah perancis bertanding pangkat presiden''
    ''pantai burka khusus untuk muslimah di albania''
    dan pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi, jom singgah ke blog macamnilahkita.com

    BalasPadam
  13. dah dua tahu berblog, tapi masi belum tahu cara nak dapatkan duit sampingan dlm blog.. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement