Apakah empat perkara mengenai sihir yang patut kita semua ketahui? Kenapa perlu kita tahu mengenai amalan yang menyimpang ini?
Sesungguhnya sesuatu ilmu itu ada sebab ia dikurniakan oleh Allah S.W.T. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Manusia diuji dengan ilmu ini untuk melihat sejauh mana keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Kita perlu tahu mengenai sihir supaya kita sentiasa sedar bahawa ada ancaman yang kita tidak nampak, dan kita harus tahu samada perbuatan kita samada sedar atau tidak, termasuk dalam amalan yang menyekutukan Allah S.W.T atau tidak.

4 Perkara Mengenai Sihir Yang Anda Patut Ketahui
Perkara Pertama
Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk tersebut samada kita sedar mahupun tidak. Ada yang boleh nampak dengan mata kasar, ada yang tersembunyi.Perkara Kedua
Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan. Ia berdasarkan kepada firman Allah S.W.T, yang bermaksud:" ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Padahal Sulaiman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan:
"Sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalahgunakan".
Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" (Al-Baqarah : 102)
Perkara Ketiga
Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah S.W.T, ia dari firman Allah S.W.T yang bermaksud:"..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah." (Al-Baqarah: 102)
Perkara Keempat
Amaran Allah S.W.T dan RasulNYa bagi pengamal ilmu sihir, menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-Baqarah: 102)
Semoga dengan empat perkara yang telah anda ketahui mengenai sihir ini, sedikit sebanyak anda ada kefahaman asas mengenainya. Maka, bergantung haraplah dengan Allah S.W.T apabila anda dapati sihir ini berlaku di dalam pengetahuan anda. Jangan sesekali menyekutukan Allah S.W.T dan sentiasa memohon perlindungan dariNYA.
Dan sebagai mengingatkan diri sendiri, amalan mempelajari ilmu sihir ini adalah sesuatu yang sangat ditegah di dalam Islam, dan ia membawa kepada dosa besar.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang dosa besar sihir, yang bermaksud:
"Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil) " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: Zahiruddin.net
nauzubillah..
BalasPadamterima kasih dengan info ini...
BalasPadammakin kerap entry berkenaan sihir.Buat byk2 lagi! saya nk menimba ilmu byk2 ttg sihir ni
BalasPadamkalau buat bagi org sayang..bagi org ikut kata..terutama suami isteri..itu dikira sihir ker...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.