Sepinggan RM2, Kalau Beli Pasar Sekilo RM2 Gak !!

Bukan nak mengeluh apa, cuma saja la nak highlight. Memang bulan Ramadhan ini pintu rezeki terbuka luas. Sesapa yang berniaga pasti akan setuju dengan kata-kata saya. Juallah apa sahaja, dalam apa jua harga, pasti akan untung.

Saya pernah berniaga ala2 pasar malam, time saya dok belajar dulu kat satu kampus ni. Jual apa? Jual kerang rebus .... aha ..untung ... memang untung gila baban .. siyes.

Dan Ramadhan tahun ini seperti mana tahun2 sebelumnya, kerang rebus memang perniagaan yang menguntungkan kat Parit Buntar ni, meh tengok rega sepinggan kerang rebus yang saya dan famili makan kejap tadi:

Sepinggan RM2, Kalau Beli Pasar Sekilo RM2 Gak !!

Special adalah kuahnya yang sedap.

Erkk sorilah ambik gambar lepas dah habis makan .. hehehe.. tak mampu nak tunggu, memang dah terliur .. so santap dulu then baru ambik gambar, jangan marah aaa .. hehehee. Inilah dia kerang rebus Pak Mat yang memang femes tiap kali bulan puasa, biar berpindah banyak kali, dan dah banyak tempat, still ramai yang cari dan nak makan kerang rebus Pak Mat ni.

Kerang Rebus Pak Mat, Parit Buntar.
Malah, bukan orang tempatan je yang makan sini, ada tu datang dari Taiping, dan kawasan berhampiran. Macam2 orang datang, dari student IPT, hinggalah kepada bekas wakil rakyat. Ada cina, india ..... ada bangsa asing, malah pak arab pun ada.

Saya dulu beli kerang seguni RM50 gitu, lau nasib baik leh dapat RM20 seguni - tu banyak kilo tu, beli kat tempat derang dok ternak kerang, memang murah giler. Jadi bila jual sekilo RM2 pun dah kira untung, apalagi kalau jual kerang rebus yang kadangkala separa masak dengan RM2 sepinggan!

Orang tak kisah nak membayar jika sedap, dan kerana itulah orang tak kesah mana pun, walaupun ada masa mulut ni macam tak leh nak halang dari dok bercakap. Biasalah, makan tak puas, mulalah bebel tak tentu hala. 

Tapi itulah, orang tak kesah sebab kuah sedap, dan yang buat ianya jadi tarikan, sebab hanya pada bulan Ramadhan je dok jual, so tak ada hal la ...bukan jual tetiap hari, lau camtu ..perghh lemak berkrim la kaya raya Pak Mat ni ..hehehe....

Rezeki masing2, sendiri tahu kekuatan, walaupun hampir sebelas bulan orang tak lihat Pak Mat Kerang Rebus, orang pasti akan cari bila tiba masa. Walaupun rega kadangkala hangin badan, orang tetap akan cari sebab ia dah jadi cam eksklusif yang hadir setahun sekali. 

Itulah penangan si kerang rebus, walaupun sebenarnya leh je buat sendiri dengan beli sekilo RM2 .... :P

Copywritting template

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalammualaikum..........en hasrul,bole bgtau kat mana tempatnya warung pak mat tu....dah 2 thn saya dok area pt buntar dan nibong tebal nie,tempat yg saya tau dan paling best makan pun kat kedai cahaya intan tu,lock luck,nasi lemak chegu....bole bgtau saya tmpat mana yg best2 lagi tuk cari makan...hehehe

    ReplyDelete
  2. sini jarang jumpe kerang bakar.huhu

    ReplyDelete
  3. tq en hasrul bgtau kt mana tempat tu...esok lusa saya cari nanti dan makan kt sana...hehehe

    ReplyDelete
  4. harga termasuk cost overhead sbb tu jadi rm2

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com