Salam.
Ini ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Sebuah kisah mengenai seorang anak perempuan yang sayang pada bapanya. Namun, kerana .. erkk ... ishh .. anda bacalah ehh .. huhuhu...

Sekotak Senyuman Buat Ayah

Pada suatu masa ada seorang anak perempuan yang tinggal bersama dengan bapanya. Pada suatu hari, dia teringin utk membeli hadiah untuk menyambut hari lahir bapanya tapi dia tiada duit yang cukup. Lalu dia pun memberanikan diri untuk meminta bapanya duit, dia berterus terang mengatakan yang dia ingin membeli hadiah hari lahir bapanya, dengan senang hati bapanya pun memberikan dia duit.

Oleh sebab terlalu sayang pada bapanya, dia ingin membeli yang terbaik lalu duit tadi habis digunakan hanya untuk membeli kertas pembalut hadiah, kotak dan segala barang yang diperlukan. Oleh itu dia tiada duit utk membeli sebarang hadiah utk bapanya.


Apabila tiba pada hari lahir bapanya membuka kotak hadiah yg telah dibalut kemas oleh anak kesayangannya, tetapi hatinya begitu marah dan hampa apabila mendapati kotak itu kosong... dengan geram dia memarahi anaknya itu.


Hatinya berasa sedih, lalu dia memberitahu bapanya... "Ayah... . sebenarnya saya tak cukup duit utk membeli hadiah yang terbaik utk ayah, tapi saya ingin memberi sesuatu yg terbaik di dunia ini lalu, setelah puas berfikir akhirnya saya tahu apa hadiah terbaik yg dapat saya beri kepada ayah, iaitu.... saya fikirkan segala perkara yang gembira yang membuatkan saya tersenyum dengan gembira dan menghadiahkan ayah segala senyuman itu agar ayah juga akan gembira... . dan di dalam kotak itu saya telah masukkan beratus senyuman untuk ayah... ." 

Mendengarkan kata-kata anaknya, bapa itu menyesal dan berasa terharu. Sejak itu, apabila terfikirkan anaknya, dia akan membuka kotak itu dan tersenyum. 

Sumber: Komuniti VF

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. hmm..moral yg patut direnung dan dicontohi.

    ReplyDelete
  2. Agak2 kalo bagi hadiah cmni dekat awek dia terima x?

    Hahahaha;)

    Tp entry ni ttp menyentap hati jantan aku..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun