Aktiflah dalam komuniti blogger Malaysia. Jaringan sesama blogger amat penting untuk memastikan apa yang anda kongsikan dapat dikongsikan oleh blogger lain, lantas meluaskan pembaca blog anda.

Menerusi komuniti, anda bukan sahaja membina jaringan rakan dan kenalan, tetapi anda sedang merapatkan ukhwah atas minat yang sama. Bukankah bagus dapat melakukan sesuatu atas minat yang sama? Pastinya nanti manfaat yang dapat - samada diberi dan memberi itu lebih banyak?

Luaskan Pembaca Blog Dengan Aktif Dalam Komuniti Blogger

Luaskan Pembaca Blog Dengan Aktif Dalam Komuniti Blogger
Ada banyak cara untuk menjalinkan jaringan blogger ini, ada dua kaedah utama;

Sertai Jaringan Komuniti Yang Telah Sedia Ada

Ada banyak komuniti dan kumpulan blogger yang telah wujud, ianya samada diwujudkan menerusi laman-laman komuniti blogger tertentu atau menerusi laman Facebook. Antara laman komuniti blogger yang banyak mengumpulkan blogger adalah BlogMalaysia, BloggedMY dan beberapa lagi. Komuniti Facebook yang mengumpulkan blogger juga banyak. Anda boleh memilih mana yang sesuai, supaya nanti tidak terkeluar dari niche persembahan blog anda.

Bina Sendiri Komuniti Anda

Ini mungkin satu usaha yang agak letih sikit sebab anda terpaksa membina daripada kosong. Anda bermula dengan menjemput rakan-rakan blogger serta pembaca blog anda untuk menyertai komuniti anda, yang mempunyai pendapat yang sama, citarasa yang sama dan niche yang lebih kurang sama.

Komuniti dengan rasa dan pemikiran yang sama dapat mengeratkan kerjasama sesama blogger, misalnya anda menggunakan entri asal rakan blogger anda untuk menulis entri sendiri, ia satu perkongsian trafik dan pendapat yang boleh dipraktikkan untuk mencambahkan satu perkongsian yang bermanfaat.

Namun, komuniti dengan pelbagai genre dan pendapat juga boleh memperkembangkan cara anda menulis entri. Kerana ianya membuka ruang buat diri anda dan blogger lain supaya berfikiran terbuka dan lebih luas mengenai sesuatu isu, namun di akhirnya mereka sependapat atas satu pendapat dasar yang sama.

Apapun, terpulang pada diri anda sebagai blogger untuk memanfaat perkongsian dengan komuniti ini, anda boleh menjadi hero, dan anda boleh menjadi duri dalam daging. Sebaiknya, berikan yang terbaik dengan entri anda yang bermanfaat. Ada kala kita terpaksa memberikan ubat pahit hanya untuk merasa betapa manisnya nikmat sihat!

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement