Tulisan Cerminkan Peribadi Kita

Salam.
Ini bukan saya saja-saja nak memandai-mandai tetapi merupakan hasil kajian dari seorang pakar yang memang tak asing lagi di Malaysia ni. Sebelum ini pun saya ada juga buat beberapa entri perkongsian ilmu yang dicambahkan olehnya.

Mari sama-sama kita tengok apa pentingnya tulisan dan bagaimana cara menulis itu mencerminkan identiti kita.

Tekanan Ketika Menulis
  • Tekanan yang kuat
    • Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas - Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan
    • Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas - Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan
  • Tulisan yang bulat-bulat
    • Semua huruf ditulis dengan bulat - Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper. 
    • Tulisan yang angular dan sharp - Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)



    Kecondongan Tulisan
    • Condong ke kanan
      • Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
    • Condong ke kiri
      • Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
    • Tegak
      • Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
    • Campur-campur
      • Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

    Kerapatan Tulisan
    • Jarang-jarang
      • Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
    • Rapat-rapat.
      • Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

    Corak Tulisan Pada huruf J, G, Y, Z
    • Ada ekor
      • Besar, panjang dan sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
      • Kecil, pendek dan tak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

    Pada palang huruf kecil T (t)
    • Tinggi
      • Tahap aspirasi tinggi
    • Rendah
      • Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
    • Tengah-tengah
      • Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana 

    Jadi, dengan adanya petua dan tips ini, dapatlah kita menilai diri kita dan cuba perbaiki mana yang boleh. Dikatakan corak tulisan juga akan berubah apabila sikap kita berubah.

    Sumber: Petua Dari Dr. Fadzillah Kamsah
    Copywritting template

    Post a Comment

    11 Comments

    1. BEST2!!suke bace entri2 bro.. byk terarah ke human sciences. =)

      ReplyDelete
    2. Hmm..menarik..tapi kalau tulis pakai pc camane ye?hehe..

      ReplyDelete
    3. tulisan saya macam-macam...ikut selera dan rasa hati...hehe...

      ReplyDelete
    4. salam...

      saya pernah dengar pasal petua ni. dulu pernah baca...

      ReplyDelete
    5. ni nak kena check balik ni..hehe~

      terima kasih kongsi info ni... (^^,)

      ReplyDelete
    6. wahhh....tulisan saya tegak...:))

      ReplyDelete
    7. baca entry nih sambil tengok tulisan sendiri.
      hehehe...
      ;)

      ReplyDelete
    8. Saya .. erkk dah lupa camner bentuk tulisan .. siyes .. kadangkala terlupa pun nak sign camner .. huhuhuhu

      ReplyDelete
    9. @Muka Haluih (MH) Terima kasih .. dah nama pun human .. hehehe

      ReplyDelete
    10. @BLADE EDGE Nih perkongsian lama ni .. 8 tahun lepas punya info

      ReplyDelete
    11. bercampur2 sifatnya.. tetiba tengok tulisan sendiri sambil nilai sendiri peribadi sendiri..

      ReplyDelete

    Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com