Menanti Kelahiran Si Puteri Kesayangan - Episod 2

Salam.
Sambungan dari sini: Episod 1.

Kelahiran Haseena Humaira memang saya nantikan. Apa tidaknya, saya dah punyai 2 orang putera yang hebat belaka. Mereka membesar dengan baik, ohh nakal-nakal tu biasalah. Anak saya yang pertama, menjadi kebangaan keluarga, sejak masuk ke sekolah rendah, pencapaian dia sangat cemerlang. Harap pencapaian cemerlang di sekolah akan berterusan dari tahun ke tahun, dari tahap ke tahap. Mungkin mewarisi gen isteri saya yang memang bijak bistari.

Haseena Humaira

Anak kedua saya, agak nakal, berlainan benar kisahnya dengan abang sulongnya. Nak ikhtiar macam-macam termasuklah diberi Jus Tok Guru .. hehehe... tapi perbezaan ini menjadikan suasana keluarga kami tak pernah sunyi. Bila dia tiada di sini, amat terasa akan hilangnya. Gelak tawa, sendaloka, dan pertanyaan yang kadangkala mengusik jiwa dan manja.

Hasif Aqwa Zikri - sentiasa bermain dengan ayat-ayat berikut:
"Wahh abah hebatlah ..."
"Abah .. tengok tu, abanglong dapat nombor satu .. hebat tak abah?"
"Abah, tadi mama masak sedappp ... adik makan habis ... tambah tambah lagi .. hebatkan adik ... "

Hasif Aqwa Zikri
Suka bebenor dia dengan perkataan hebat. Lagi satu ... dia baru je dapat satu perkataan baru yang selalu gak dia guna .. Terbaik.

"Abah .. tengok ni ..terrbaaaikkkk"; sambil tunjukkan hasil kerja kraf dia yang ntah apa2 ... tapi sebagai bapa tentulah mengiyakan juga.
"Abah ... adik makan nasi banyakkk .. terbaikkkk kan abah?"; sekali lagi saya anggukkan juga. Memang dia suka dimakan puji begini. Jika tidak, jangan harap nasi sejemput tinggal pinggan.



Dua putera menjadikan hidup saya sebagai bapa memang mencabar. Tetapi dengan adanya seorang puteri, pasti lengkap pengalaman hidup sebagai seorang bapa, yang pasti menguji saya dengan lebih lagi.

Lalu, kehadiran Haseena Humaira adalah kesyukuran berpanjangan saya. Anak perempuan adalah menjadi idaman saya, saya mahu puteri saya .... menjadi balqish di singahsana, singgahsana di hati ayah dan bonda.

Post a Comment

1 Comments

  1. saya dah ada dua perempuan..lepas ni kalau mengandung lagi harapnya dapat le lelaki pula..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.