As-Salam.
Nampaknya ramai juga blogger yang tertanya-tanya mengenai Alexa ini, dan entri bahagian pertama mengenai 10 Tips Terbaik Untuk Tingkatkan Ranking Alexa (Bahagian Satu) mendapat perhatian ramai blogger terutama pembaca setia blog ini. Tips yang akan HH berikan ini adalah tips mudah dan boleh dilakukan tanpa sebarang coding pun. HH pasti anda boleh buat ...



Untuk bahagian kedua ini, HH berikan lagi 5 tips untuk melengkapkan siri ini. Semoga ia boleh memberikan manfaat buat anda dan juga saya; dan amnya buat blogger.

10 Tips Terbaik Untuk Tingkatkan Ranking Alexa 

5. Kembangkan Jaringan Sosial Maya
Menggunakan jaringan sosial untuk menarik minat pembaca ke blog anda memang perlu penekanan pada tajuk dan isi kandungan entri yang betul-betul menarik dan mantap. Selain jaringan sosial yang ada seperti Facebook, MySpace, Friendster, Tagged ... anda boleh gunakan jaringan sosial tempatan seperti laman-laman komuniti tempatan yang ada, seperti jom lepak, virtualfriends, mymesra dan bermacam-macam lagi.

Di peringkat lebih global, anda boleh guna Digg, Stumble Upon dan juga Reddit. Twitter juga boleh menarik perhatian pembaca ke blog anda dan menaikkan ranking Alexa anda.


4. Update Blog Selalu
Ini merupakan cara yang paling asas buat blogger. Apabila anda sentiasa update, akan ada yang tampak berminat dengan apa yang anda cuba sampaikan. Kelebihan anda update selalu menunjukkan anda bukan seorang blogger yang tangkap muat tetapi penuh dengan idea dan bersungguh untuk menghasilkan sesuatu buat semua orang.

Namun, harus anda berhati-hati ... terutama buat mereka yang terlalu sangat kerap update blog, ia kadangkala boleh undang padah, apatah lagi ia sering muncul dalam inbox email anda ataupun dalam halaman depan facebook seseorang. Ia boleh dianggap sebagai spam. Jadi, untuk kontrakan tips ini, update blog anda secara berkala .... seperti 2 jam sekali post atau 3 jam sekali post. Anda boleh gunakan fungsi autopublish yang ada di dalam blogspot atau mungkin anda simpan dulu di desktop anda dalam bentuk notepad - boleh juga dalam bentuk draft di dashboard blog anda.


3. Gunakan Widget Yang Disediakan oleh Alexa
Antara widget yang terkenal Alexa adalah paparan seperti ini:









Review www.hasrulhassan.com on alexa.com


Ianya pasti akan tingkatkan ranking anda. Dah terbukti di banyak blog.


2. Memasang Alexa Toolbar di Pelayar Internet Anda
Simple je ni. Download dan install. Mudah. Tengok ni, saya gunakan di Firefox saya:

Dan untuk lebih berkesan, anda setkan home untuk pelayar anda dengan url blog anda. Ini bermakna, bila anda buka je atau klik je internet explorer ke, google chrome ke, firefox ke .. akan terus terpampang blog anda yang cantik itu .. :)

1. Isi Kandungan Blog Perlu Berkualiti
Paling penting. Walaupun anda dah buat benda2 tadi, yang saya rungkaikan .. sebanyak 9 tips tadi, pasti akan jadi sia-sia jika isi kandungan blog anda tidak berkualiti. Buatkan entri anda seunik yang boleh, yang tak terdapat dari mana-mana laman web mahupun blog. Jika anda ulasan atau artikel yang lebih kurang sama, jayakan dengan menulis entri dengan kefahaman dan bahasa anda sendiri.

Anda perlu tampak menulis dengan pengetahuan, bukan menulis secara buta tuli. Jika anda menulis mengenai tutorial blog, pastikan anda dah cuba, dan anda tahu masalah-masalah yang dihadapi bila pembaca anda bertanyakan mengenainya. Bila bercerita atau blogging mengenai tempat-tempat menarik, anda boleh letakkan gambar-gambar yang anda punya sendiri tanpa perlu anda ambik dari tempat lain, agar pembaca anda yakin anda pergi ke tempat tu. Ia akan nampak original.

Ok. Dah tamat dah .. selamat mencuba tips yang diberikan ini.

Dan terima kasih kepada Puan Bee kerana telah memberikan idea kepada saya untuk menulis entri ini. Puan Bee singgah dan berikan komen kat entri saya yang ini: Baca Sini. Untuk info, blog Puan Bee antara blog top 10 Malaysia. :)

Sumber: TopYaps

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih,bro dengan info yang berguna ni.memang tengah nak naikkan alexa kat blog aku ni...

    BalasPadam
  2. dapat ilmu pasal alexa. terima kasih brother.

    BalasPadam
  3. terima kasih sekali lagi abg hasrul sebab buat entri yang berinfo mengenai alexa... akan digunakan sebaik mungkin... =)

    BalasPadam
  4. saya memang cari lagi info cara nak kurangkan ranking alexa ni..

    boleh tak ajar cara nak tingkatkan pageviews?
    saya ada masalah nak tingkat pageviews

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk perkongsian

    suaraserak.blogspot.com

    Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.

    BalasPadam
  6. menarik bro.. nak try la plak :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement