As-Salam.
Ada yang prihatin, ada yang tak ambik kesah. Ada yang ingin tahu, ada yang mungkin tak begitu nak ambik tahu. Apapun, buat sesiapa yang mencari, saya sedia memberi. Saya percaya ada blogger yang mungkin melihat ranking Alexa ini penting buat blognya.

Kenapa Alexa Ranking Penting?
Bagi saya, ia penting agar blog anda akan muncul dalam enjin carian apabila sesuatu keyword ditaip oleh pengguna internet. Apabila blog kita muncul di antara yang pertama di laman carian ini, ia pasti akan tingkatkan trafik ke blog.

Alexa merupakan satu perkhidmatan yang memberikan rank tertentu kepada laman-laman web termasuklah blog berdasarkan isi kandungan yang dikumpulkan dari dunia maya. Alexa ranking ini seharusnya penting buat mereka yang benar-benar serius untuk menjadikan laman maya ini sebagai satu tempat penyuburan pengetahuan dan ilmu.

Sebagai info juga, Alexa ranking adalah berbeza dengan Page Ranking (PR). Perbezaan utama antara Alexa Ranking dan Page Rank ialah:

  • Alexa Ranking - Semakin kecil nilai Alexa, semakin baik kedudukan dan semakin penting, atau dengan kata lain semakin popular.
  • Page Rank - Semakin besar nilai, semakin baik kedudukannya dalam enjin carian, atau semakin besar nilai semakin ia popular.

Berikut saya berikan 10 Tips Terbaik Untuk Tingkatkan Ranking Alexa yang saya sendiri adaptasi dan gunakan bagi blog ini. Catatan asal boleh anda perolehi di sini: Top 10 Tips To Increase Alexa Ranking. Tetapi dalam entri ini, saya berikan dari perspektif saya yang pernah mencubanya, malah saya berikan sekali bagaimana saya menggunakannya. Harap ia akan memberikan anda manfaat seperti yang diharapkan.

10 Tips Terbaik Untuk Tingkatkan Ranking Alexa

10. Aktifkan Diri Dalam Forum
Cuba lihat blogger-blogger yang mempunyai rangking Alexa yang cukup baik, samada mereka aktif dalam satu-satu laman forum atau pernah terlibat di dalam ruang forum. Di dalam ruangan forum, anda boleh promote dengan menumpukan kepada satu-satu topik tertentu. Anda berikan pendapat anda dan anda link ke blog atau entri di dalam blog.

Dari semasa ke semasa, anda sebenarnya membina kekuatan anda untuk memberikan pendapat anda dalam satu-satu topik, lalu menjadikan blog anda sebagai satu sumber utama bagi mereka yang berforum untuk merujuk topik yang dinyatakan. Ia juga akan meningkatkan kredibiti anda, sebagai seorang ahli forum yang aktif dan juga sebagai seorang blogger.


09. Memberi Komen Dalam Blog Atau Laman Sesawang
Saya pernah ceritakan secara tak langsung mengenai kaedah mudah ini, dan ianya memang berkesan. Saya pernah ceritakan bagaimana komen di satu-satu blog atau laman web popular boleh menarik trafik ke blog anda tanpa anda sangka-sangka. Cuma, peraturannya, jangan komen semborono dengan memberikan komen yang tiada kena mengena dengan entri di blog yang anda singgah itu.



Sehingga kini, saya masih menerima jujukan trafik dari blog Beautiful Nara, blog Mazidul, blog Kujie, blog Denaihati.com hanya kerana saya memberikan komen yang bermakna dalam entri-entri di blog terkenal ini. Oh ya, saya juga mendapat trafik dari blog Redmummy dan juga blog RinaSalleh ... yang bercerita soal dunia perempuan!!

Bagaimana dapat trafik dari blog terkenal, BeautifulNara, boleh baca di sini: KLIK SINI.

08. Ping Blog Anda
Apabila anda menggunakan khidmat ping automatik seperti ping-o-matics, feedburner dan sebagainya, ia sebenarnya mengambil RSS - Really Simple Syndication yang terkandung dalam blog anda untuk dihebahkan kepada dunia maya. Pengguna blogspot bertuah, sebab google akan automatik ping blog anda setiap kali anda publish entri terbaru.

RSS merupakan cara terbaik dan mudah untuk menghebahkan apa jua kandungan dalam blog anda kerana banyak robot gelintar di laman maya untuk tujuan pengumpulan maklumat menggunakan RSS ini untuk mencapai kata kunci tertentu dan dihimpunkan dalam satu kategori yang telah dikenalpasti.


Anda juga digalakkan menggunakan banyak khidmat ping yang disediakan di laman maya ini. Sebagai contoh laman facebook dan juga beberapa laman komuniti blogger seperti gengblogger. Ia tidaklah automatik tetapi anda boleh mencuba kerana ia juga dapat membantu.

Anda boleh cuba kaedah ini: KLIK SINI.

07. Menulis Mengenai Alexa Dan SEO (Search Engine Optimization)
Bagaimana blog-blog seperti DenaiHati, Hidup Biar Sedap, AriffShah mendapatkan ranking yang tinggi? Sebabnya mereka sering menulis mengenai perkara-perkara di atas samada secara berkadaran ataupun ada topik khas di blog mereka.

Apabila anda seorang blogger yang ingin berjaya, perkara yang anda akan cari menerusi enjin carian ialah bagaimana untuk blog anda dibaca dan menjana trafik, jadi topik di atas adalah antara ramai pengguna internet di dunia akan cari terutama web master dan empunya blog. Jadi, semakin banyak anda tulis, semakin tinggilah entri anda akan dijumpai oleh mereka yang mencari, lantas anda akan dapat backlink percuma.

Niche tersendiri penting. Maka anda boleh menulis dalam bahasa malaysia kerana masih ramai lagi mencari entri yang bagus untuk SEO dan Tips Tentang Alexa ini. Anda boleh cuba dengan membuat tajuk yang lebih spesifik, seperti Tips SEO Bergambar atau Tatacara Ranking Alexa Bergambarajah yang masih ramai tak buat lagi.

06. Promosi Blog Anda Ke Laman Carian
Ini juga sebenarnya perkara asas apabila anda membina laman web. Dan inilah perkara-perkara utama yang selalu saya ketengahkan apabila berkata pasal SEO dan untuk menjana trafik luaran serta trafik organik - trafik dari laman carian.

Ianya cukup mudah, dan senang .. kurang dari 5 minit pun. Anda boleh menghantar samada terus ke laman carian atau menggunakan khidmat-khidmat penghantaran (search engine submissions) yang banyak terdapat di dunia maya. Anda boleh google ... tetapi untuk memudahkan, sila rujuk entri saya ini: BACA SINI.

Ok... dah panjang dah ni .. nanti muak lak anda baca .. saya akan sambung bahagian kedua nanti ..  

#update: Sambungan siri ini: KLIK SINI.

*p.s: Untuk memudahkan anda mengetahui tips terkini, sila langgan rss blog ini atau masukkan blog ini dalam bloglist .. :)

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oo..menarik info ni..thanks sb kongsi.. :)

    BalasPadam
  2. terbaiklah abg hasrull..:)...prince suka..

    BalasPadam
  3. tips yang berguna untuk semua blogger... terima kasih abg hasrul... (^^,)

    BalasPadam
  4. Harap sama-sama dapat manfaat .. tolong LIKE dan +1 untuk dikongsi oleh semua. Terima kasih yer.

    BalasPadam
  5. rasa macam jauh lagi nak kecap trafik yang banyak. kene ikut step ni satu satu..harap harap akan nampak hasilnya.

    BalasPadam
  6. Terima kasih . Tak tahu pula kepentingan alexa sebelum membaca artikel ni

    BalasPadam
  7. wo.. nice info.. tq sudi berkongsi ~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement