Salam.
Ada masa hati kita akan berasa was-was akan keputusan yang telah kita berikan. Benarkah pilihan hati ini? Adakah cinta yang dipupuk selama ini benar-benar ikhlas, benar-benar jujur?

Siapa yang dapat mengetahui isi hati yang mendalam? Hendak ditebuk dan ditenung, tak tercapai oleh akal yang waras. Apa yang boleh dibuat - hanyalah percaya akan kata-kata dan janji yang telah diucapkan. Apa lagi yang boleh dijadikan sandaran? Rambut sama hitam, hati di dalam tiada siapa yang tahu.

Ada kalanya, kita merasakan dialah pilihan terbaik buat diri kita .... tetapi ada kala pula hati ini mula berbisik, mungkin dia adalah satu kesilapan yang datang kerana dosa lama kita. Mungkin. Dan sekali lagi, tiada siapa yang tahu. Mungkin hadirnya ini hanya satu persinggahan, mungkin sekadar untuk menutup rasa kecewa hati lara, mungkin juga kerana hatinya juga ingin menampal luka-luka lama dalam cintanya yang kecundang.

Jadi, adakah pengakhiran ini satu kepastian? Mungkinkah hati ini berdusta?

Hanya doa dan tawakkal kepada Tuhan yang boleh membimbing. Mintalah pada yang mengatur segala, semoga apa yang telah kita pilih ini bukan lagi satu kekecewaan yang bakal kita hadapi kelak, insyaAllah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ermmm betul tu tapi kalau fikirkan ia adalah jodoh kita, inshaAllah pasti hati ini menerima dengan redha ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement