Salam.
Adakah anda menyesal dengan pilihan yang ada sekarang? Hmm ... simpan luahan hati anda itu kerana apa yang perlu anda baca sekarang, adalah mungkin satu kontradik kepada apa perasan anda sedang berkecamuk kini. Simpan, jangan luahkan. Bukan semua luahan itu perlu dan baik untuk diri.

Buat teman, rakan, boipren, pakwe, makde dan gepren. Seandainya anda putus di tengah jalan hanya kerana satu ketidak serasian, jangan sesekali mengatakan anda menyesal berkawan dengannya, apatah lagi mengatakan ia satu kesilapan, kerana mungkin hadirnya itu adalah sebenarnya untuk menyedarkan anda akan pilihan yang mungkin anda hadapi di masa akan datang. Jika anda tersalah sekarang, dan anda telah belajar untuk memilih mana yang terbaik, maka anda pasti dan sudah ada pengalaman untuk terus mandiri dalam kehidupan, dalam menjalinkan perhubungan di masa akan datang.

Jika anda sudah berkahwin, jangan katakan penyesalan mengahwininya. Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, pada masa yang sama di hati suami anda akan timbul perasaan menyesal pula mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bab cinta ni x nak pikir sangat masa muda2..
    sbb selalunya cinta masa muda2 bukannya dpt di bwa ke jingang pelamin pun..

    BalasPadam
  2. biar apa pun berlaku, sy sgt cintakan suami sy :)

    BalasPadam
  3. Bila baca en3 ni buat saya berfikir balik, jangan cepat sgt nyatakan sesalan dengan pilihan kita, sebab mungkin ada hikmah disebalik apa musibah yang terjadi dalam sesuatu perhubungan. Thanks...

    BalasPadam
  4. oo nak cari ayah saya yer,. gi kat blog saya ade page kat atas sekali bawah header , ada home, perkhidmatan, urut tradisional,.. klik kat urut tradisional tu,..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement