Manis Masa Bercinta, Lebih Manis Jika Akhirnya Meniti Rumahtangga. Foto: Lensahasrul
Salam.
Terhambat diri dengan percintaan? Jika kini anda sebagai pasangan yang sudah pun berkahwin, pasti anda dah pernah melalui saat bercinta. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bercinta?

Mari sama-sama lihat apa yang dikatakan oleh Ramli Sarip:

Kini ku mengerti, Istilah sebenar
Di dalam bercinta, Tiada kepastian
Tiada penentuan, Akan kebahagiaan
Semua percintaan, Haruslah berkorban
Tiada batasan

Ini merupakan lirik lagu Istilah Bercinta yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip, saya memang layan lagu ni bila saya berkaraoke di rumah ... ehemm dah lama tak buat kat luar, kat rumah best sebab ada peminat sendiri .. hehehee.. erkk ehh ... lari topik.

Rasanya lirik dan bait lagu tu dah cukup kot untuk menghuraikan dengan ringkas apa yang dimaksudkan dengan bercinta. Jadi, jika anda sedang bercinta, perlu tahu bahawa perasaan yang anda sedang layari sekarang bukanlah sesuatu yang pasti sebenarnya dan tiada ketentuan jelas, anda mungkin bernoktah dengan kekecewaan.

Namun, jika seperti kata orang tua - lautan gelora berapi sanggup direnangi, begitulah apa yang perlu dalam bercinta - sebuah pengorbanan.

Bukan pengorbanan yang mencacat celakan mahupun yang membawa aib dan binasa, tetapi satu pengorbanan yang mengangkat maruah dan tatatusila, yang menjadikan agama sebagai panduan, dan menzahirkan nilai tinggi dalam pekerti.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. cinta mula2 memang hangat.. lepas suatu ketika jadi suram sikit

    BalasPadam
  2. bercinta berlandaskan agama..
    itu sebaiknya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement