As-Salam.
Saya pernah bela kucing, tetapi lama dah .. masa saya sekolah menengah .. sekarang tidak lagi, dan mungkin buat masa terdekat ni belum ada ura-ura untuk berbuat demikian. Kata sesetengah pakar, membela atau memelihara haiwan sebagai peliharaan (pet) boleh menjadi terapi dalam kehidupan seharian.

Banyak benda misteri tentang kucing sebenarnya. Dan sesetengah budaya dalam dunia mengiktiraf kucing antara haiwan yang suci dan ada juga yang ia pembawa musibah. Dalam beberapa pemerintahan kerajaan kuno, ada yang meletakkan kucing hampir sama taraf dengan dewa - mengikut kepercayaan mereka. 

Kucing memang haiwan yang hebat, masakan tidak ... ada beberapa beberapa fakta menarik mengenainya - saya pernah kongsikan dalam Bangku Kosong .. tak baca? Ramai yang suka entri tu .. meh klik sini: 15 Perkara Menarik Mengenai Kucing.

Dalam entri ini saya nak berkongsi satu info mengenai falsafah yang dikaitkan dengan kucing. Dan cubalah anda adaptasi dengan kehidupan kita sekarang ... :) semoga memberikan manfaat.

Makanan kesukaan kucing ialah ikan.
Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan?

Ya! kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya. Kalau upgrade .. kucing high class .. dapatlah makanan macam Friskies.... :P

Begitu jugalah dengan diri kita, cuba kita fikirkan; untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?

Ya !! Hendaklah kita mendekati tuan kita .. siapa tuan kita? Tentulah DIA yang memberikan kita nyawa dan roh ...memberikan kehidupan yang kita kecapi sekarang.

Jadi, bermanja-manjalah dengan tuan kita, insyaAllah nanti kita pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2. Jangan ingat dengan usaha dan susah payah itu mampu mendatangkan rezeki melainkan hanya dengan izin.

Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan; walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya. Adakah ini yang kita mahukan? Hmm ... mari sama-sama muhasabah diri. 

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle