Cinta Tak Kenal Usia. Foto: Lensahasrul
Salam.
Jangan gusar tentang cinta andai ia belum hadir. Tapi jalinkan dan rapatkan diri dengan persahabatan. Dari persahabatan, anda bakal menemukan cinta. Mungkin tidak hari ini atau esok, tapi insyaAllah ... ia pasti akan berlaku. 

Benarkah seperti kata orang yang persahabatan adalah permulaan kepada percintaan yang bahagia. Seperti saya, saya juga bermula dengan menjalinkan sebuah persahabatan. Malah, masa remaja dulu, istilah pen pal memang menjadi antara kisah remaja saya. Banyak pel pal, mungkin ketika itu ingin mencari seseorang untuk dicintai.

Memang tidak dinafikan, situasi seperti ini sudah lama menjadi satu trend bagi sesetengah remaja atau pasangan yang tidak mahu kan perhubungan ekspress dengan si dia. Mana mungkin, anda ketemu seorang di satu tempat, terpikat lalu terus nyatakan hasrat cinta anda. Boleh ke? Ada ke? 

Bermula dengan persahabatan yang kemudiannya mengikat janji, tanda menerima dan bersedia untuk menerima pasangan. Pada ketika itu, sudah ada perasaan, inilah pasangan ideal bagi diri. Sebenarnya dalam konteks pemikiran manusia yang berbeza, mereka punyai cara dan pandangan masing-masing dalam memilih pasangan. Ada di antara mereka yang jatuh cinta dengan pandangan pertama dan ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk saling mengenali dengan lebih dekat. Ada juga percintaan yang bermula dengan pergaduhan dan seterusnya benih kasih di hati masing-masing turut bercambah setelah sekian lama. 

Bermula dari sahabat, kedua mereka saling mengenali antara satu sama lain dan bebas berbicara tentang masalah peribadi yang tidak mampu di selesaikan oleh individu. Pada masa itu, mereka hanya menganggap si dia hanya kawan tempat mengadu atau lebih mesra jika di panggil sebagai kawan baik atau teman akrab.

Mereka adalah tempat di mana kita bebas menceritakan segala masalah kita tanpa segan silu kerana mereka faham akan isi hati kita dan sanggup mendengar masalah kita samada munasabah atau tidak berjam-jam lamanya. Mereka tidak jemu untuk mendengar luahan hati kita dan adakalanya kita sendiri tidak segan untuk menangis di depannya. 

Bermula dari itu, apabila masing-masing sudah mengenali hati budi masing-masing dan si dia pula mahu meneruskan hubungan lebih dari seorang teman karib, itulah titik permulaan sebuah percintaan. Bibit-bibit percintaan akan di hiasi dengan saat suka duka sebagai teman karib suatu ketika dulu. Dari itu, hati juga berubah dan timbul perasaan kasih dan sayang yang melebihi kasih seorang kawan maka itulah di katakan cinta yang berlandaskan persahabatan. 

Percintaan ini boleh di kategorikan sebagai percintaan yang akan kekal lama dan perasaan yang kurang elok juga akan berkurangan kerana masing-masing sudah lama mengenali antara satu sama lain. Terpulang kepada kita sendiri untuk menilai yang mana lebih baik diri kita.

Namun, jodoh itu adalah kehendak Tuhan, kita sebagai manusia merancang yang terbaik - mencari yang terbaik untuk diri .... apa yang kemudiannya berlaku adalah satu ketentuan yang harus kita terima dan redha.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau dah jodoh tidak ke mana. tp masih kena berusaha juga. tp kalau dari sahabat jadi kekasih, impak tak bestnya akan terasa bila cinta tu tak menjadi di kemudian hari. silap2 boleh putus kawan.

    BalasPadam
  2. Betul tuh Fyzal. Saya dah kene dahh. Sampai family pun bermasam muka. Padahal dulu parents kawan rapat.

    BalasPadam
  3. @Fyzal Yup, saya ada pengalaman peribadi mengenainya ... :) saya pernah ceritakan sebelum ini ... *wink wink ..

    BalasPadam
  4. @syud Saya pun ada satu pengalaman yang ini juga, bagaimana keluarga saya tidak lagi mesra dengan satu keluarga ni walaupun dah berkawan sejak lebih 20 tahun dulu. Kerana tak menjadi jadi besan ... akhirnya .. hmmm bermasam muka ....

    Ini juga satu pengalaman peribadi saya. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement