Salam.
Baru-baru ni, wife saya ada sembang-sembang pasal durian ni, Durian Raja Kunyit atau juga Mao San Wong... tatkala ini merupakan buah yang termahal di Malaysia. Ia boleh menjangkau sehingga RM100 sebijik, dek kerana harga sekilo durian jenis ini dianggarkan dari RM15-45 sekilogram.


Musang King. Foto: ShutterAsia

Aha, mungkin disebut Durian Raja Kunyit tak berapa ramai yang tahu, tapi .. kalau disebut Musang King .. mungkin ramai peminat durian tahu dan pernah dengar dengan nama durian termahal ini. Dikenali sebagai Musang King sebab asal durian ini adalah dari Gua Musang, Kelantan. Dan ianya hanya setakat ini boleh didapati di sana sahaja. 


Harga yang mahal mungkin kerana ia sukar didapati selain keunikkan sendiri buah ini yang mempunyai biji yang kecut atau hampir tak berbiji.


Biji Kecut Musang King. Foto: MalaysianFruits
Setakat ini, kami sekeluarga pernah makan durian yang paling mahal dalam lingkungan Rm18 sekilo... makan sebijik je sebb .. erkk faham2 je la ... kalau tak salah, nama durian yang kami makan tu ... durian susu kot ... makan kat Tropical Farm di Penang. Sebijik makan tu memang dah cukup puas hati ..

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sedapnya...
    puas hati kalau dapat makan ni! terliur sudah..

    ReplyDelete
  2. harum manis perlis pon tergolong dlm buah termahal malaysia gk. 1kg boleh capai sampai RM20 :)

    ReplyDelete
  3. pernah makan durian kat balik pulau sebiji rm50..durian biasa je pun mahal tol..kalau musang king tak kisah lah kan...kena pkena camtu je coz keta plat luar,

    ReplyDelete
  4. ohoiiiiiiiiiiiii
    isi diaaaaa
    kuninggg nyaaa
    sodap nih
    patutlah mahal

    Juvana Episod 10

    ReplyDelete
  5. mcmana dgn rasanya? kalo tahu, esok2 blh la pi kelantan nak pi beli...

    ReplyDelete
  6. Sekarang ini bulan Disember 2012 musim durian lagi di area jeli, kuala kerai dan gua musang tengah luruh sekarang ni.Member saya dah telefon panggil ambil durian.Katanya harga musang king di kuala kerai RM 8 se kilo.murah boleh beli tu.Kalau nak rasa boleh bercuti di sana.ok

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement