Salam.

Tentu seronok si jejaka apabila pinangan buat si gadis jelita diterima sebulat suara. Terus ada taman berbunga di hati. Kenapa tidak? Jika yang diidamkan, gadis jelita menjadi tunangan, kiranya sudah terikat satu janji, yang tinggal cuma untuk memperkemaskan, diikat mati de depan tok khadi.

Namun, harus berjaga, bila tunangan cantik jelita, fitnah yang tersembunyi sering nak terjah. Berhati-hati wahai jejaka, jangan sampai terleka dan terjebak, banyakkan istifar jika tersalah rentak. Jangan sampai ikatan yang sepatutnya suci dinodai oleh syak wasangka yang tidak berasas. Jangan jadi mangsa mainan jiwa keliru dan cemburu. Jangan terhasut oleh hasad mereka yang tak senang melihat anda berdamping dengan si jelita rupawan.

Jadi, andai bertunang, janganlah lama-lama. Lebih baik mengelak dari memperbetulkan sesuatu kekusutan. Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu. Kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan diterima semasa waktu bertunang. Tatkala ini, ujian bakal menjelma tanpa disangka.

Dan buat lelaki, jagalah dengan segala kehormatan, segala kebaikan, agar tunangan anda yang cantik tidak difitnah orang. Jika anda tak dapat menjaganya sekarang, bagaimana anda kelak ingin menjaganya setelah ia menjadi isteri anda?

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka sgt2 baca dkt blog ni..
    byk perkara boleh tahu.. hee :)
    terima kasih..

    BalasPadam
  2. saya selalu bagitahu ibu,tak nak bertunang lama2...kalau boleh tak nak bertunang pun sebab orang kata darah manis dan dugaan pun banyak...tu yang saya takut tu...tapi apa pun saya percaya ketentuan Allah... =)

    BalasPadam
  3. sangat2x setuju dan suka entri HH ni =)

    BalasPadam
  4. sy setuju! kalau bertunang x perlulah lama2...lg lama lg banyak dugaannya...takut nnt ikatan suci yg diharapkan lebur ditengah jalan...Apapun..doakan yg terbaik utk semua pasangan...semoga kekal ke akhir hayat..

    Oh My Rose

    BalasPadam
  5. macam2 boleh jadi masa tempoh bertunang neh
    kalao boleh memang jangan lelama..takyah tunang pon takpe..itu syarat dalam adat je..
    yg penting nikah halal sudaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  6. hurm,, dulu pun cakap ngan mama xmo bertunang langsung but cakap orang tua mana boleh dilawan... so,, bertunang dalam 2 bulan saja..alhamdulillah,, sepanjang tempoh tu segala dugaan yang datang diatasi dengan baik...skang dah sebulan lebih moon bergelar isteri... syukur alhamdulillah.. :)

    BalasPadam
  7. ada setengah org sanggup berhabisan untuk majlis pertunangan, rasanya lebih afdal jika terus bernikah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement