Anda Mungkin Terkena 'Burn Out' Tanpa Sedar!


Salam.
Burn Out? Apa tu? Mungkin ramai yang tak tahu istilah ini, tetapi tanpa sedar ramai yang mengalaminya dalam hidup. Menurut Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, Ketua Bahagian Psikiatri dari Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC), burn out merujuk kepada gangguan emosional, mental dan fizikal disebabkan oleh stress berpanjangan.

Burn Out disifatkan sebagai satu bentuk penyakit yang kronik buat mereka yang sering hadapi tekanan dan stress; samada akibat kerja, belajar mahupun masalah peribadi. Namun, masalah ini sering dikaitkan dengan masalah stress berlebihan di tempat kerja. Tempat kerja dikenal pasti antara penyumbang tekanan paling tinggi dalam hidup seseorang. Tekanan kerja akibat ditegur bos, kerja yang perlukan dateline, kesilapan teknikal, dan gosip serta politik pejabat adalah penyumbang kepada masalah tekanan di pejabat.

Anda mungkin terkena burn out! Mari lihat tanda-tanda mereka yang mengalami masalah burn out ini:

Tanda Terkena 'BURN OUT'

  • Hilang minat dengan kerja yang dilakukan, mengakibatkan produktiviti menurun.
  • Tiada satu apa pun yang boleh memotivasikan diri untuk ke tempat kerja.
  • Sering rasa kesal, putus asa, lesu dan merasa tidak dihargai baik oleh rakan sekerja mahupun majikan.
  • Datang kerja hanya untuk gaji dan kerana terpaksa - bukan kerana minat, bukan sebab seronok, dan bukan sebab ikhlas.
  • Kerap MC .... atau mengambil cuti kecemasan.
  • Fikir negatif setiap hari, berpendapat tiada satu hari pun baik.
  • Datang bekerja dengan minda yang menapak di tempat lain.
  • Kerap tangguh kerja.
  • Selalu elak diberikan tugasan dan tanggungjawab.
  • Personaliti tidak terurus, dan tidak berminat dengan aktiviti sosial di tempat kerja.
  • Agresif dan cepat marah.
  • Mudah terkena penyakit seperti selsema, sakit kepala dan sebagainya.
  • Datang lambat ke tempat kerja, tetapi pulang awal ke rumah.
  • Mungkin ambil keputusan berhenti kerja atau diberhentikan oleh majikan.

Jadi, cuba lihat dalam diri kita masing-masing ... ada tanda disebutkan di atas, jika ya ... cepat-cepat mendapatkan rawatan atau lakukan sesuatu untuk memastikan anda tidak dibarahi oleh burn out ini!

Sumber: Majalah iSihat.

Post a Comment

5 Comments

  1. saya baru sedar yg saya pun pernah terkena simptom burn out ni.. tapi bukan semua simptom² tu la.. hanya 2-3 je.. rawatannya; bersabar, berdoa, dan sentiasa berfikiran positif.. mmg mudah bercakap dari melakukannya, tapi Insyaallah, Allah akan memudahkan semuanya untuk kita.. only time will heal the pain

    ReplyDelete
  2. bahaya sindrom burnout ni dalam produktiviti bekerja. harap2 dpt dihindarkan. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau boleh berhenti nak jugak tapi dalam belum masanya.. masa masih panjang dan khidmat untuk membantu keluarga masih diperlukan..

    ReplyDelete
  4. oke mcm ade ! penyelesaian : tido utk kesejahteraan idop ! hehe ;)

    ReplyDelete
  5. Kesemua tanda yg dinyatakan ada...buntu...xtau nak bt apa...:'(

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.