Salam.
Saya ada seorang kawan. Dia ada masalah ini, mengenai suka dan cinta .... dia sukakan seorang gadis yang dia kenal lama, malah mereka lebih akrab dari rakan yang lain. Namun, dek kerana tak mahu menunggu masa, dia meluahkan rasa ... yang akhirnya mengundang kecewa buat dirinya.
Begitu juga dengan pasangan yang dia suka dan cinta - juga seorang kawan kepada saya, meh saya kongsikan apa yang telah tercipta, mungkin buat kita cuba renung dan fikir. Atau mungkin ada pengakhiran yang anda ingin kongsikan kepada semua pembaca.
Kawan bernama Seri Dayang (bukan nama sebenar)
Seri Dayang ni berkawan la dengan seorang jejaka ni. Jejaka ni biasa-biasa je, tak la sepopular Seri Dayang. Seri Dayang ni memang popular, mana taknya, dia boleh dikatakan paling cun di tempat dia belajar. Dah la cantik molek mudah tertarik padanya, dia juga bijak pandai, pointer periksa pun sekitar 3.00 hingga 3.75 gitu. Nak dijadikan cerita, Seri Dayang ni agak peramah orangnya, dah tu suka pula tolong orang. Manakala si Jejaka ini pula, adalah rakan sekolah yang akhirnya sama-sama belajar satu tempat dengannya.
Kiranya mereka ni dah berkawan lama dah. Dan dalam perkawanan (ada ke perkataan ni?) mereka, dalam diam si Jejaka ni menaruh hati pada Seri Dayang. Mana taknya, mereka sering bersama, kuliah pun sama, gi makan pun kadangkala nampak makan bersama. Dan bagi Seri Dayang pula, Jejaka adalah teman akrabnya yang amat memahami dirinya.
"Dayang ... kita dah kawan lama .... kan kan?" Kata si Jejaka.
"Benar ... kenapa ehh tanya Dayang? Ada masalah apa-apa ke Jejaka?" Tanya Seri Dayang pada Jejaka.
"Tak ... hmmm ... Dayang suka tak kawan ngan Jejaka?" Dalam gugup Jejaka menuturkan kata.
"Tentulah suka .... kita kawan lama. Kalau tak suka ..takkan la Dayang sudi kuar ngan Jejaka, gi library ..study sama-sama semua-semua tu .... " Terang Seri Dayang.
"Kita couple kan?" Laju sahaja ayat pertanyaan menyentap suasana.
"Couple? Kita kawan .... kawan macam orang lain gak .... couple maksud Jejaka apa ehh?" Seri Dayang ingin kepastian.
"Bercinta!" Sambil melemparkan senyuman paling manis.
"Ehh mana ada .... kawan la ... Dayang suka kawan ngan Jejaka .. tapi bercinta tak la ... Dayang belum sedia la nak cinta-cinta ni .... lagipun, Dayang suka berkawan ngan Jejaka .... nak bercinta tu ... hmm nantilah" Jelas Seri Dayang dengan sebolehnya untuk tidak mengecewakan Jejaka.
Jejaka yang menerima kata ikhlas dari Seri Dayang berlalu tanpa kata. Apa yang diharapkan dari persahabatan akrab yang dibina selama ini, untuk bersulam cinta tidak kesampaian. Jadi, apakah dia - si Jejaka perlu meratapi dan mengurai ikatan persahabatan dek kerana dia bukan cinta Seri Dayang?
Kes macam ni selalu berlaku, malah terjadi kepada saya satu ketika dulu. Apa yang perlu, adalah kekuatan diri untuk menerima kekecewaan yang datang. Jika tidak kecewa sekarang, mungkin akan datang.
Bagus juga si Jejaka ini meluahkan rasa dengan sejujur ada. Tak ditunggu masa berlalu terlalu jauh mencengkam rasa. Akhirnya dia dah dapat jawapan kepastian. Tapi apa pula dengan Seri Dayang? Adakah akan hilang seorang sahabat tempat dia berseloka dan bergelak tawa?
ska bli si jejaka berterus terang ..^.^ at the sme time .. kesian jgk kt jejaka ney....
BalasPadamsbnrnya yg jejaka pun kena gak tengok cara layanan seri dayang tu camne??? dia layan cam couple ke atau fren?? tapi bagus gak sekurang2nya jejaka dah tau tahap perasaan seri dayang tu & anggap jejaka cuma kawan...
BalasPadamssh gak klu b'tepuk sebelah tangan nih kan?! hmm..
BalasPadamJejaka tentulah x sabar utk meluahkan rasa hatinya...
BalasPadamLebih2 lagi dayang seorang yang cun dan digilai ramai...
Kalau dayang hilang satu kawan pon x pe ... sbb dia ada ramai senarai menunggu...
...nak cari cinta ni mmg susah...
BalasPadamsalam bro
BalasPadamsuka tak beerti cinta
cinta tak bermakna kan bersama selamanya
dan andai sang jejaka
punya hak untuk buat pilihan terbaik
begitu jualah sebaliknya
si gadis jua punya impiannya...
tapi sian la kt jejaka tuh.. huhuhu
BalasPadamklo dhila bff ajak kpel, dhila trpkse trime sb tanak rosak kan persahabatan.. cinta boleh dipupuk kan??
like this post (thumbs up)
BalasPadam@dhilla nazli Cinta memang boleh dipupuk, cuma bila dipupuk, ia tak semanis bila ia datang sendiri.
BalasPadam@MARIA Yer baik sekarang dari kemudian
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.