Bila KENAL ... Rupa Paras Bukan Lagi Jadi Ukuran. Foto: Lensahasrul
Salam.
Ini bukan kata pepatah sehari dua baru buat ... ini pepatah Melayu lama ni .. berzaman dah. Sejak saya, bapak sebelum bapak saya lagi dah ada dah pepatah ini - Tak Kenal Maka Tak Cinta. Dan pepatah ini merupakan antara ayat-ayat power yang selalu digunakan satu zaman dahulu. 

"Hai cik adik ... dari mana nak ke mana?" Tanya si Jejaka Tampan 10 sen.
"Dari hilir nak ke mudik" Balas si Dara Ayu Pucuk Paku.
"Siapa empunya nama, cantik di wajah, tentu namanya indah" Kata si Jejaka Tampan.
"Tiada bulan, mentari juga dipuji sekawah" Balas si Dara Ayu.
"Jika bolehku tambat mentari dan bulan, pasti ku ikat mereka bersama, kerana indahnya pasti berkali ganda" Kata si Jejaka penuh puisi.
"Mengapa ingin berasa indah, sedangkan diri tak punya apa?" Tanya si Dara Ayu.
"Siapa kata, tak kenal maka tak cinta ...." Balas si Jejaka Tampan.

Gitulah antara dialog yang mungkin anda tak biasa dengar, tapi selalunya bila sebut sahaja soal cinta, pepatah lama ini pasti akan muncul. Benarkah cinta berputik apabila kenal? Kenal yang bagaimana? Mengapa berlaku penceraian sedangkan dulu terpaut kasih dek kerana cinta, kata dah kenal .. takkan tak tahu hati budi? Apa .. dah tak kenal lagi lepas berkahwin? Abis tu .. buat apa bercinta? Dok bercinta tak berkenalan ke? Dok bercanda berdua-duaan di taman bungan tu buat apa ehhh? Ohh main doktor-doktor .... hmmm ..... aduhhh ....


Gitulah. Sebenarnya ada betulnya pepatah lama ini, Tak Kenal Maka Tak Cinta, tetapi kita dah terbabas dari memahami konsep kenal ini. Kita dok kenal luaran sahaja, tetapi kita tak cuba nak mengenali hati budi pasangan kita semasa atau tatkala ingin bercinta.

Mereka bercinta tetapi sebenarnya tak mengenali sesama sendiri, banyak lompang yang tak tahu. Banyak perkara yang jadi tanda tanya. Jadi, bila dah kawin, dan dah tahu lebih banyak dari biasa, dah tahu hati budi sebenar bagaimana, lalu berlakulah cinta itu buta ... buta sampai meruntuhkan rumahtangga yang dibina.

Apa maksud kenal sebenarnya yang merujuk dalam pepatah lama ini? Bukan takat kenal nama, tahu makanan kegemaran, tahu nama ayah, nama mak dan nama adik beradik yang lain ... ia perlu lebih jauh dari itu. Itu sebab kita ada waktu pertunangan di sebalik time bercinta penuh sakan. Bercinta bukan nak gedik2 bersama-sama, bercinta adalah untuk mengenali hati budi, perasaan, emosi, perangai, dan perkara-perkara yang perlu untuk berumahtangga dengan bahagia ...bukan nak seronok2 time tu je .... kena harus tahu dan faham, dok sebut2 Tak Kenal Maka Tak Cinta .... dok sebut je wat apa .. kalau dah buat pepatah lama tu jadi merepek ...!!

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak rehat dari bercinta dulu..hee..tapi betul la pepatah itu..kena kenal bukan sahaja luaran tapi dalaman juga penting..sebab dalaman yang akan kekal..luaran macam bayang-bayang..

    BalasPadam
  2. betul kata cik sakura tu..yg penting hati...bak kata JAMBU hati CUTE..Sam lak kata dalam hati ada taman...Ape2 pun jodoh itu semuanya di tangan Allah

    BalasPadam
  3. Orang dolu2 jer...
    Kahwin sebelum kenal dan sebelum cinta...

    BalasPadam
  4. terpesona membaca puitis yg penuh berbunga2...adakah kata2 sebegitu yg diluahkan ketika dah kawen? ke lain jadiknya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement