Cinta Agung Bukan Milik Manusia. Foto: Lensahasrul
Salam.
Putus cinta? Pernah ... saya memang pernah putus cinta, tetapi saya tak terkorban dek kerana cinta. Saya selamat dari menjadi mangsa cinta yang kecundang. Ramai antara kita bila kecundang dalam cinta, terus rasa diri tak berharga. Tak berharga? Fikir positif, kerana anda berhargalah anda kecundang di tengah jalan, sebabnya cinta anda amat berharga yang hanya boleh dimiliki oleh mereka yang betul-betul layak.

Selalunya, mereka yang kecewa merana kerana cinta adalah mereka yang baru pertama kali merasa cinta, dek kerana itulah manisnya cinta tu sangat likat dalam hati sehingga sukar untuk dicairkan. Ada pula langsung menutup pintu hati, kerana takut Pisang Berbuah Dua Kali. Tapi, tak dinafikan, Sekeras Batu Bila Hari-hari Dilembutkan Dek Air, Akhirnya Berlekuk Juga.

Cinta memang pelik, malah dalam situasi tertentu dapat memberikan keajaiban tersendiri. Saya sendiri pernah putus cinta beberapa kali. Tapi saya tak pernah menafikan kehadiran cinta - ohh mungkin sebab saya lelaki ... mudah benar menerima cinta! Bagi perempuan, cinta buat mereka sangat suci dan sangat agung. Mereka meletakkan cinta itu di puncak tertinggi dalam hati mereka, atau setidaknya ditanam sangat dalam di dasar hati. Mereka tak mahu cinta mereka diperkotak-katikkan seperti satu mainan yang boleh dibuai semahu-mahunya.

Tapi sayang sekali, buat mereka yang mengatakan faham akan cinta, faham akan perasaan - sanggup terkubur dek kerana cinta yang hilang atau yang terputus di tengah jalan. Wahai insan yang kecundang dalam cinta, selembar benang yang putus pun boleh disambung apalah sangat dengan cinta yang rapuh itu. Mengapa saya kata rapuh? Jika benar cinta itu kuat .... takkan berlaku bait-bait kekecewaan. Jika benar cinta itu milik anda, dan milik dia, pasti akan bertaut lama.

Ini cuma putus di tengah jalan .... anda boleh bangkit ... perjalanan cinta bukan terhenti bila cinta anda ditolak atau cinta anda tak memekar, masih boleh mencari cinta yang lain ... perjalanan tak sampai ke penghujung lagi. Anda ada banyak cinta yang menunggu di hadapan anda. Jangan pejam mata dan menidakkan cinta yang lain. Malah ada cinta yang lebih agung dari cinta yang anda terdambakan itu.

Jadi, mungkin di saat ini anda bersedih kerana kecewa tetapi janganlah bazirkan air mata anda itu pada sesuatu yang dah tak lagi milik anda. Baik anda menadah tangan, memuji dan berterima kasih, kerana cinta Tuhan terhadap diri anda tak pernah padam, walaupun anda pernah mengabaikan cinta nan satu ini yang membolehkan anda bernafas sehingga ke hari ini!

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum. Yun setuju. Jika cinta itu milik kita, cinta itu pasti akan datang kembali. :)

    BalasPadam
  2. setuju ngan uncle .. maseh banyak jalan menuju kejayaan .. huuhuhuhu hilang 1 tumbuh beriban.. hooho

    like header baru uncle

    BalasPadam
  3. sangat setuju, kalau ada jodoh tak kemana..

    BalasPadam
  4. cinta yg murah mudah hilang, tpi cinta yg mhal tahan lama. & kekal..

    BalasPadam
  5. betul...bngkitlah...lihatlah..ke depan..suatu hari nnti kita akan sdr...=)

    BalasPadam
  6. tiba2 rasa tersedar dari lena yang panjang..baik, bukakan pintu hati untuk cintai manusia..Ahaks! HH aku pun suka kepala blog ni dan juga catatan ni..hebat! he heh.

    BalasPadam
  7. percayalah setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...yg penting look forward...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement