5 Perkara Terawal Untuk Blogger Baru Perlu Lakukan
Pertama - Sediakan Banyak Entri Berkualiti
Bila dah ada blog, perkara utama adalah menyediakan entri. Jangan fikir gadget atau widget lagi. Isi dulu ruangan dalam blog dengan entri-entri anda. Paling minima yang harus anda buat ialah sediakan 10 entri. Dah ada 10 entri, kemudian barulah kita pergi ke langkah kedua.Kedua - Kemaskini Layout Blog
Bila dah ada entri, masa yang sesuai untuk mencantikkan blog anda, dan kemaskini layout yang ada. Buat masa ini, blog anda dah ada tapak sendiri dengan adanya 10 entri tersebut. So, kemungkinan nanti andai ada yang blogwalking dan tetiba terserempak dengan blog anda, mereka dah ada entri-entri yang boleh dibaca. Mencantikkan blog di sini bermaksud, memastikan susun atur widget atau apa jua yang ada di sidebar (sisi blog) adalah dalam keadaan teratur dan seragam. Dinasihatkan jangan tergesa-gesa letakkan widget2 buat duit .... sebab ia tak berbaloi lagi time ni.
Ketiga - Hanya Letak Widget Sesuai Untuk Blog
Letakkan widget yang sesuai dengan blog anda. Buat permulaan jangan beratkan blog anda dengan widget yang tak perlu. Selaras dengan blog yang baru, maka tak perlulan letak widget popular post, comment widget tu semua lagi ...belum masanya lagi. Widget asas yang saya cadangkan ialah, list entri terkini, atau mungkin arkib entri - menunjukkan blog anda baru. Maksima disyorkan adalah 5, tak perlu lebih. Lagi sedikit, lagi bagus. Boleh juga letakkan pageviews dan Google+ Follower (angka membuktikan blog anda baru).Keempat - Rekabentuk Header Blog Lebih Baik
Bila dah cukup entri, dah ada widget bersesuaian, maka reka cipta header yang lebih baik, mungkin pada permulaan anda tidak begitu serius dengan header anda, tetapi cubalah bermain dengan jenis-jenis font yang ada, kalau nak lebih kreatif, anda boleh buat header sendiri mengunakan beberapa software editing gambar yang ada.Kelima - Perkenalkan Blog Kepada Dunia Blog Malaysia
Header pun dah cantik, entri blog pun dah ada .... paparan pageviews dan followers pun dah ada (utk buktikan blog anda blog baru), listing entri2 anda pun dah ok, kemudian anda dah senaraikan blog atau webpage kegemaran anda (untuk pamerkan minat serupa dengan blogger lain). Maka, tibalah masanya anda perkenalkan blog anda ke dunia blogger.Dengan adanya 5 perkara ini, saya boleh andaikan bahawa blog anda sudah cukup sedia untuk dipromosikan. Pastikan diri anda sebagai seorang blogger baru telah ikuti 5 panduan 5 perkara ini.
p.s: Ada makna letak kad nama tu ... hehehehe....
nice..
BalasPadambgs la tip untuk newbie..
=D
nice... tapi dulu2, aniss hias blog dulu, buat header pastu baru post entri... sebab bile blog dah cantek.. jadi rajin nak update blog...
BalasPadampissst : sekadar pandangan =)
skrg zaty dah da bby blog..:p.. prsonal n contest.. wah.. thnx 4 tip..:)
BalasPadamsalam..
BalasPadamtips bagus utk blogger2 baru...
terbaik ..rara suka baca blog orang even dia baru ker lame ker.. lg 1 ada jugak la y masuk blog kite kata da follow tp x follow . rara x kesah pon rara g jugak blog dia n follow .. xheran la dia nk follow ker x janji kita ikhlas baca n beri comen kan kan kan . Even da buat blog dr 2008 tp still blur sbb 2tahun jugakla x update HAHAHA
BalasPadam@RaraPuing Uikss tak baik ooo gelakkan orang ... :P Hmmm .... pasal follower ni, saya ada buat satu entri mengenai alkisah follower ni ... baca le ehh .. mekasih.
BalasPadamhuhu... terbaek bro.. saya suka baca entry bro.. rileks dan bermakna.. hoho
BalasPadamSaya juga seperti anda .. pernah menjadi seorang newbie .. tk ada bezanya ...
BalasPadameyqa suka entry nie . dulu masa first jadi blogger , eyqa sibuk editing . blog dah berhias tapi entry kosong --'
BalasPadamSetuju dengan Eyqa dulu mula2 pun sibuk tambah widget bagai..sarat kot widget..atas nasihat rakan blogger lain dah buang mane yg tak patut:)
BalasPadamsaya setuju kelima2 tips di atas... :-)
BalasPadamPanduan yang awesome..
BalasPadamAlhamdulillah, syukran...saya setuju sangat dengan langkah pertama tu...sebab pada tahap itulah kita akan honestly berhadapan dengan persoalan, "Eh, saya serius ke blog ni?" Ini bezakan antara mereka yang blog sebab ikut trend atau ikut orang :-). Yang ikut-ikut tu (mcm saya juga dulu :-) sekarang ni, tahan lama sikit kot :-) tak sampai 10 entri dah 'jam' otak...
BalasPadamAlhamdulillah..ilmu yg sgt berguna utk insan yg baru nak berjinak2 dgn dunia blog nih!thanks
BalasPadamYa benar tu @Luqman ...
BalasPadamHehehe.. jammed boleh dilincirkan.
Harap banyak yang anda dah pelajari menrusi entri-entri yang ditulis dan dikongsikan oleh saya @luvmommies
BalasPadamterbaik lah..
BalasPadamTerima kasih. Harapnya tips ni dapat bantu ramai blogger Malaysia.
PadamBertuah kpd mereka yang ingin bergelar blogger, satu tips yg terbaik buat anda!
BalasPadamBertuah lagi saya kerana ada pengunjung dan pembaca
Padamgood tips!
BalasPadamTerima kasih Syuhada.
PadamThanks for tips HH..saya rasa saya ada ikut beberapa steps tu. Untuk recent comment pun saya baru je install after confident dgn comment2 yg diterima utk setiap entri
BalasPadamTerbaik.
BalasPadamKalau ikut segala panduan dan info yang diberi oleh HH pasti berjaya..In sha Allah..
BalasPadamtips terbaik utk blogger baru..
BalasPadamYa Allah... inilah yg sy tercari2 selama ni... sampai siap buat segmen bagai utk perbetulkan blog sy yg amat2 naif tu. huhuhu... Terima kasihla sifu... Sy save nombor fon tu dlm fon sy na...
BalasPadamMencari dan terus mencari ilmu blog.Akhirnya singgah di blog Tuan ni..Thanks A Lot gn ilmu yg Tuan kongsikan ini...
BalasPadamKebanyakan kite terlupe entri blog merupakan perkara asas yang perlu dititiberatkan sebelum mencantikkan blog. Kadang kala terlalu eksited nak buat blog, sampai entri pun tiada..Macam mana orang nak baca kan? Terima kasih atas tips yang sgt berguna ini. Saya akan berkongsi dengan rakan-rakan saya juga tentang tips ini..
BalasPadamMigrain Mengganggu Prestasi Baik Anda di Pejabat?
Bila asyik buat blog baru memang terasa sangat newbie nya.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini Encik HH.
dpt tak klau nk tambah ahli dalam blog...
BalasPadamVery informative utk newbie macam Hanna..tq.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.