Tapi, satu je saya mushkil ni .. hmm agak2 ada ke pendapatan tu .. leh beli tak sepuloh cucok sate tu? Kalau sate rega seposen ... tak apa .. kalau sate kajang? 60 sen secucok .. uhh .. hmmm ...jadi kena tahu serba sedikit pasal nak letak iklan ni. Bukan main letak je .... sebabnya .. kalau salah letak, nanti blog pun nampak semak, macam blog ini .. hehehee
Tips Letak Iklan Dalam Blog
Pertama sekali, bila nak letak iklan, pastikan hanya satu iklan branding sahaja, contohnya, kalau guna innity, gunalah innity saja, jangan tamak ... kalau guna Nuffnang, maka letak platform Nuffnang sahajalah. Bukan apa, setiap platform pengiklanan ini ada terms dan conditions dia yang tertentu. Dah baca? Ada baca? Hmmm jangan main letak je .. kalau tak nanti ... hmm tak kuar2 iklan tu, silap haribulan kena banned pulak. Naya je kan ..tak sempat nak belanja makan sate!Jika anda seorang ahli Glitterati Nuffnang, jangan persiakan status Glitterati tu, sebabnya ianya exclusive ... so bila exclusive, hendaknya paparan mengenai iklan dari Nuffnang juga bersifat begitu juga. Kalau letak iklan selain platform Nuffnang, secara automatik anda akan kehilangan membership ini. Membership ini memberikan kelebihan dari segi pemberian Buffered Earnings dan lain-lain yang lebih menguntungkan.
Buat pengguna dan ahli Churpers, anda boleh ambik kesempatan ini untuk iklankan juga iklan2 dan promo dalam churp churp, sebab churp churp adalah sebahagian daripada Nuffnang, so tak salah. Gunakan kekreatifan anda untuk memikat orang klik iklan churp-churp anda.
Tempat sesuai untuk letak iklan adalah atas sekali, bermakna bila orang buka blog dan advertiser buka blog anda, mereka akan tahu .. ohh di situ tempat iklan, dan di situ juga paparan awal untuk blog tersebut. Anda boleh letakkan iklan di tepi, tetapi di kedudukan antara paling atas atau di antara menu2 sidebar blog anda.
Bagi mereka yang kreatif sikit, boleh masukkan iklan ini dalam entri mereka atau boleh diletakkan di antara entri. Ada banyak tutorial blog yang ajar cara begini. Cubalah.
Sedikit sebanyak saya cuba kongsikan apa yang ada. Mana yang dah tahu tu .... oklah, tapi saya pasti ada yang tak tahu .. sebab saya sendri dah tengok ... dah blogwalking dan nampak benda ni berlaku. Dalam berblog bukan nak dapat duit semata, bila dah kabur2 dengan tarikan wang ini ... biasalah .. nanti akan jadi tamak haloba .. semua platform pengiklanan nak sumbat.
Lagi satu, lagi banyak iklan anda letak .. lagi beratlah blog anda ..bila berat .. lansung sukar orang nak masuk blog anda ..bila dah sukar nak masuk .. load lambat ... hmmm ... fikirlah .. apa guna letak iklan? Letak iklan banyak pun .. tak ada orang tengok .. tak ada yang klik .. tak guna juga .. kan kan?
Ok, kata akhir ..jangan tamak macam saya .. hehehehe... letak iklan dari satu platform media pengiklanan sahaja ehh ... melainkan anda ada iklan sendiri - bukan dari platform yang dinyatakan.
betul betul betul :))
BalasPadamgua punya ok tak bro..ke semak ek
BalasPadam@miss ryrinn _ angin teringiang upin dan ipin
BalasPadam@Ujang9897 Uhh ujang ... ok je .. lu lagi gelemer dari gua .. ranking alexa pun .. perghhh .... takut nak dekat .. hehehe... ok tu, tapi letak tak ada yang klik ... hmm tak best gak .. nanti gua klik yer .. ok .. tak paksa .. gua sendiri nak tgk .. hehehehe
BalasPadamderm...glemer menda..bangku kosong lagi top la..grrr..
BalasPadamrank alexa tu tak brapa tau sgt konsep dia..,
masyuk apa..nuffnang kedekut..hihi., jap klik..=)
lg satu..tq pasal tipsdpt trafik dari Beutifulnara dulu..dah gunakan mmg dpt..=)
BalasPadambetul jugak tu..kalau tempat kami tu agak2 perlu apa apa perubahan tak??sarat sgt ker?
BalasPadamtips yg sgt berguna. saya pon just pakai Nuff je walaupon BE jrg dpt. huhu
BalasPadampatutlah kat blog Harul x banyak iklan...
BalasPadamcuba tengok blog saya..ok tak?
BalasPadamhiks betul. saya setuju part letakkan iklan di tempat yg atas sekali. sebab masa mula2 blogging saya letak dekat bawah. memang BE tak dapat pun. pas tukar baru dapat BE. hiks
BalasPadam@deyna Ok dah tu ...
BalasPadam@gaung Tak nampak sarat pun .. ok la tuh
BalasPadamtips berguna nie... teringat lak sate..
BalasPadamjom ke entry baru blog saya~4 tiket percuma
http://qasehmansya.blogspot.com/2011/04/sapa-nak-tiket-free-4-tiket-free.html
letak iklan berpada-pada..
BalasPadamJom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
tengah curang dgn nuff. baru 'dating' ngan com lain. tapi iklan nuff belum dpt remove. so terpaksa la bersaing sihat kat blog saye tu hahaha (tgh tgu reply from nuff utk remove ad)
BalasPadamkena letak iklan dekat tempat yang strategik
BalasPadamsetakat ni setia dengan nuffnang lagi
info menarik. terima kasih admin ^^
BalasPadamBaik Sifu.
BalasPadambagus la tips ni ! thanks sifu ;)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.