Bercinta bukan satu mainan emosi. Foto: Lensahasrul
Salam.
Ada orang start bercinta muda lagi .... sekolah menengah dah start "I LOVE U" .....malah ada yang sebelum peringkat menengah dah ucap .... "Ali Sayang Siti". Fuh .... kecik-kecik dah pandai ucap kata cinta, kata sayang ... hebat betul.

Saya start bercinta hmmm zaman akhir2 kat IPT. Biasalah .... tak ensem .... mana laku. Buat la kuak lentang ke, terjun tiruk ke ...tak ada sapa pun pandang. Yang pandang hanyalah saya ..... pandang dengan sayu gitu. Hehehe... itu cerita lama.

Suka nak kata kat sesiapa yang dok membaca ni, JANGAN bercinta jika anda tidak yakin bahawa cinta itu akan membawa ke gerbang perkahwinan. So, bukan cinta nak main-main atau kata orang omputih .. flirting. Dunia ni makin cepat masa berjalan. Jadi, tak perlu tangguh lama2 ... dok bercinta karat sampai bertahun-tahun tapi kesudahan tak pasti .. nak buat apa .... mesti ada kisah akhirnya dalam sebuah cinta. Dan semua orang yang dok bercinta mahukan satu noktah yang membahagiakan.

Jadi, untuk elak diri dari mengecewakan orang, set target anda untuk bercinta - iaitu untuk berkahwin. So, bila dah set macam ni, start je bercinta anda akan usaha ke arah satu kebaikan. Anda perlu yakin dan pasti bahawa cinta yang anda ingin jalinkan bukan setakat suka dan sayang. Bukan sebab terpikat dek kerana kecantikan yang anda nampak, tetapi kerana memikirkan impian anda untuk mendirikan rumahtangga yang sah di samping orang yang anda ingin cintai itu.

Bila masing-masing berfikir dan set untuk bercinta kerana ingin berkahwin dengan yakinnya, maka insyaAllah kekecewaan itu tak akan muncul. Secara tak langsung, anda mengelakkan diri dari dikecewakan. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bila bab cinta ni , teringat pesanan orang lama iaitu "Jangan gatai bercinta kalau seluar dalam mak bapak beli kan" .

    BalasPadam
  2. as salam...
    hehehe.. cinta ek??.. skrg zaman nak bercinta untuk saja2.. bila nak kahwin.. baru cari cinta yang betul2 cinta.
    bercinta dah jadi habit yang pesat mmbngun .. ekekke..

    BalasPadam
  3. tu la harapan sume perempuan temasuk sy .. ahaks..becinta bkn utk flirting.. tp utk ke gerbang perkahwinan..tp.............. agak susah nak cari pasangan yang mcm tu...sorry to say, lelaki nak enjoy dulu baru kahwin.. so sian kan kat kaum perempuan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement