Ayat Al-Quran untuk hindari dan ubati santau serta ilmu hitam. Awas dengan sihir, bukan benda main-main. Ia sesuatu yang benar berlaku. Pernah dengar pasal santau? Santau ada banyak jenis, ada santau angin, ada santau air dan bermacam lagi. Saya bukanlah seseorang yang ahli mengenai ilmu yang syirik ini. Namun, sedikit sebanyak ingin juga saya berkongsi apa yang saya tahu.

Amalan ini amalan lama. Amalan yang telah wujud sebelum datangnya Islam lagi. Santau adalah ilmu hitam, dan ilmu hitam itu adalah sihir. Sihir adalah perbuatan yang dikeji dalam agama Islam, kerana ia menyekutukan Allah S.W.T. Malah, amalan ini merupakan satu dosa besar yang sepatutnya semua umat Islam letak jauh-jauh.

Tidak datang satu masalah itu tanpa penyelesaiannya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil. Ada penyakit, adalah ubatnya. Dan salah satu ubat untuk masalah santau dan ilmu hitam ialah amalan membaca ayat Al Quran. Al-Quran adalah ilmu hebat dan mukjizat yang Allah S.W.T turunkan buat umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ayat Al-Quran Hindari dan Ubati Santau Serta Ilmu Hitam

Ayat Al-Quran Hindari dan Ubati Santau Serta Ilmu Hitam

Antara ayat Al-Quran yang diyakini dapat menjadi penawar santau ialah ayat-ayat berikut:
  • Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118
  • Surah Arrad ayat 30 hingga 34
  • Surah Fussilat ayat 25 hingga 44
  • Surah Furqaan ayat 61 hingga 77
  • Al-Mukminun ayat 105 hingga 118
  • Dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura.
Ia juga diamalkan untuk menghalau gangguan jinn dan syaitan. Namun ayat-ayat ini perlu diamalkan selalu. Kerana itulah kita sebagai umat Islam digalakkan membaca Al-Quran hampir sepanjang masa. Jika tak dapat, dijadikan 5 ayat yang sentiasa dibaca ketika sholat juga adalah antara jalan yang terbaik.

Namun, harus diingati bahawa kewujudan sesuatu semuanya adalah atas kehendak Allah Taala, jadi perlulah yakin, andai penyakit itu mahu dihindarkan juga atas kehendak Allah Taala.

Semoga entri ini memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah.

Sumber: Syifa Al Hidayah

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dgr jer sihir,kepala terus ingat arwah abah..merana abah angkara sihir,hasad dengki punya psl!

    Al-fatihah buat arwah abah..mohamed bin sulaiman.

    BalasPadam
  2. makaseh share ye HH..

    tp kalau pmpuan kena musim `sakit' tu tak dpt la nak baca ayt2x al-quran kan??

    x____x

    BalasPadam
  3. @syuwai Boleh baca dalam hati, dan diniatkan untuk melindungi diri ..

    BalasPadam
  4. Pelaku sihir tu tak akan tenang di dunia akhirat andai tidak bertaubat.Nasihat saya pada yg tkena bawa bersabar dan kembali kepada Allah.minta perlindungan daripada Allah.kerana apa yg berlaku semuanya berlaku dengan izin-Nya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement