>
bisnes shopee
As-Salam.
Owhh baru tahu .. ada ehh blogger camni? Hmm tak apalah. HH hargai mereka yang ingin dihargai dan menghargai. Kalau tak suka .. nak wat camner. Itukan hak anda. Tak sangka yer .. ada kriteria ... kalau u tak follow .. i pun tak nak follow ...  ada eh? Ala ... kisah i follow u .. and u follow i back ... tu kisah lama, dah ramai ulas dah....jenuh dah .... tak perlu nak rumit2kan lagi. Suka - follow, tak suka - jangan follow ... kalau dulu suka .. pastu tetiba tak suka - unfollow. Tak perlulah nak heboh2 .. kata saya tak nak follow blog ini sebab itu ini ... janganlah burukkan blogger lain ... sian dia ... dia pun baru lagi ... baru nak belajar cara nak berblog.

Blogger baru memang dahagakan follower, memang dahagakan perhatian. Kalau anda dah beri dan nak beri, janganlah mengharapkan apa2 dari mereka .. mereka tu ibarat bayi.... macam baby, anda senyum dan timang2 baby tu .. cium2 bagai .. tak semestinya baby tu nak sayang2 anda selalu, nak manja2 ngan anda selalu .. ada masa dia nak gak bermanja ngan orang lain .... :P

Jadi, kepada yang fikir satu kebaikan tu perlu dibalas ... fikir balik, ikhlas ke? Agak2 nak harapkan balasan .. janganlah tolong sebab tolong pun dah tak ada nilai dah. Rugi sapa?

Buat yang baru, jangan selalu berharap untuk orang lain bantu, kita kena usaha keras. Bak kata Ben Ashaari, Beautiful Nara malah Redmummy .. semuanya berpendapat, untuk berjaya dalam dunia blog tak perlu hasad dengki, tak perlu iri hati, buat dengan ikhlas, berblog dengan minat, kena kerja keras sebab ..... sebab kejayaan mereka sekarang ni bukan kejayaan sekelip mata ... bertahun ooooo .... dan bukannya semalam mereka buka atau buat blog, hari ini dah beribu followers ...  dan paling nyata - mereka tak amalkan .. u follow i ... i follow u back - tapi mereka follow sebab memang ikhlas mereka follow ... jadi buatlah yang terbaik.

**p.s: Terima kasih buat Ben Ashaari yang follow blog ini sekian lama, begitu juga dengan RedMummy yang sudi singgah dan komen entri HH, dan Beautiful Nara yang memberikan banyak trafik ke blog ini. Terima kasih.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. "Blogger baru memang dahagakan follower, memang dahagakan perhatian"..suka dgn ayat tu ^^, sebab memang tepat sekali buat blogger2 yg baru~

    ReplyDelete
  2. betul-betul... kalau ikhlas rasa nak follow kita follow. biarpun baru berblogging tak pernah pulak kita suruh orang follow balik lepas follow dia. biar dia sendiri tgk blog kita & dia rasa best & nak follow, kita lg suka.

    ReplyDelete
  3. stuju dgn kathy..seorang bloger itu memang memerlukan folower..lain lah kalau blog itu adalah private punya kan..sy memang suka follow blog blogger lain..kenapa? sebab sy memang suka baca blog orang..selalu menjadi silent reader..bukan apa, bila follow tu, kita bleh trus access entri terbaru mreka melalui google reader..tempat biasa untuk sy berblogwalking..semakin banyak entri terbaru, semakin banyak lah sumber bacaan gitu..

    ReplyDelete
  4. yuupp memang betol..klu boleh biarlah diorang ikhlas nk folo blog kite bukannya sbb terpakse..buat pe folo klu dia tak komen & bace entri kite langsung

    ReplyDelete
  5. saya percaya keikhlasan itu amat penting dalam apa jua yang kita lakukan kan? followlah dengan ikhlas..:)

    ReplyDelete
  6. macam2 ragam dah skang.. apa-apa pun slamat berblog sumer.. hehehe.. =]

    ReplyDelete
  7. mas pun blogger baru...huhuhu
    tapi mas tak pernah suruh macam tu!
    malu lah nak suruh orang follow blog mas yang tak seberapa tu...hehehehe
    biarlah mereka follow dgn ikhlas hati..

    ReplyDelete
  8. semua pro blogger dah pernah singgah ke belog ni..bagus lah..

    ReplyDelete
  9. cmna abg nara boleh jdi penyumbang trafik ke sini??

    ReplyDelete
  10. @Izamir Ridzwan Komen di entri beautifulnara. KOmen yang membuatkan orang tertanya-tanya pasti akan klik pada url atau link. Dan Nara tak kesah kalau ada link diberikan asalkan ia bukan entri menghasut.

    ReplyDelete
  11. selalu dapat komen kat shout kata dah follow tp sebenarnya x follow pun sedih rr..rasa tertipu je

    ReplyDelete
  12. selalu kena HH..tapi buat xendah jerk..sbbnya kalo nak follow biarlah ikhlas dari hati..jangan follow sbb nak kita follow dia back..macam terpaksa kan!! hurmmm..

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  13. buat rilex sudah kan! haha

    ReplyDelete
  14. selalu dpt mesej camtue kt shoutbox...tp bila cek, xder pun dia follow..hihi...macam2 kerenah org nak ajak follow blog dia.

    ReplyDelete
  15. Tak guna follower ramai kalau entri tak membantu, kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Klik Sini Untuk Tahu Caranya