Berikan Susu Ibu Buat Anak - Ia Adalah Satu Keistimewaan Dari Tuhan

Saya percaya dengan penyusuan susu ibu, anak-anak lebih taat. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Ada ramai yang teringin mendapatkan anak, terutama pasangan yang baru bernikah. Anak merupakan anugerah paling besar yang dikurniakan Tuhan. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang penting untuk para ibu bapa, dalam memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Dalam menantikan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga, pastinya persediaan diperlukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Para ibu bapa pasti menginginkan anak yaang bakal dilahirkan sihat dan cergas. 

Ada pasangan yang baru berkahwin - terdiri dari bekas-bekas pelajar, bertanyakan kepada saya, masa bilakah paling sesuai nak dapatkan anak? Jawab saya - tiada masa yang sesuai. Kerana jika diberikan satu waktu atau keadaan tertentu, sampai bila pun takkan terjadi. Sentiasa rasa bersedia untuk itu, tak perlu cari waktu. 

Isteri anda (buat suami) dah mengandung? Atau anda (buat isteri) sendiri dah pregnant? Jika ya ..syabas. 

Saya sebagai seorang ayah yang menyokong Kempen Penyusuan Susu Ibu, ingin saya mengesyorkan, seandainya anda mahukan anak yang bakal lahir mesra dengan anda, maka formatkan diri untuk bersedia menyusui anak anda dengan susu ibu. Ia susu terbaik. Ia merupakan satu kelebihan yang telah Tuhan berikan, maka gunakan sebaiknya.

Persediaan awal untuk membawakan hasrat penyusuan susu ibu:
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan

Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan

Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Semoga dengan panduan ini, anda akan berjaya dalam misi menjayakan kempen penyusuan susu ibu. :)

Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah
    setakat ini berjaya BF anak since Almira lahir n smpai skang dah 1tahun 4 bulan

    ReplyDelete
  2. wahhhh cayalah en hasrul.. tabik spring toink3x kt en hasrul menyokong pnyusuan susu ibu ni.. x sangkaaaa laaa :p

    mcm pkaunselor laktasi dh gaya nye ni :D

    suke3x & sy sokong..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.