We love you. Foto: Lensahasrul
Salam semua pencinta.
Anda tahu tak? Saya pun tak tahu, cuma baru je tahu ... rupa-rupanya bercinta ni ada kategori. Ini yang saya dapat dari laman komuniti virtualfriends.net.

Ada 8 kategori pencinta diberikan. Hmm ... agaknya saya yang mana satu yer? Uhh .. anda?



Cinta buat mereka yang single
Cinta ibarat kupu2. Makin dikejar, makin ia menghindar. Tetapi, bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat tak menduga. Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti, tetapi cinta itu hanya istimewa apabila ia diberikan kepada seseorang yang layak menerima.

Cinta buat mereka yang masih ragu dengan sebuah pernikahan
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Cinta buat dia yang bergelar player
Jangan katakan "Aku cinta padamu" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat sseorang jatuh cinta,sedangkan kau tidak berniat langsung untuk menerimanya saat ia terjatuh.

Cinta buat si patah hati
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Cinta kepada yang belum jatuh cinta
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Cinta buat yang ingin menguasai
Hatimu patah melihat org yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia denganmu.

Cinta kepada yang takut ingin mengakui
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Cinta buat mereka yang bertahan menyintai dia yang telah pergi
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yg tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan dia.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka entry ni..mcm kena je ngn diri sendir..hahha

    BalasPadam
  2. saya pilih yang lasttt..terbaikkkk punyaa!! entry sini selalu bagi manfaat..thumbs up lar HH

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  3. suka entri ni.
    cinta bwat yg single- ibarat kupu2
    cinta kpd yg takut mengakui- cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

    tapi ape2 pun cintailah org tersayang dengan sebaiknya.

    raradunianyata.blogspot.com ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement