Meletup2 la akhir-akhir ini, bila blog dah tumbuh cam cendawan. Dulu toleh kiri kanan, kira susah lagi nak cari bloggers. Skang ni ... cuit je orang sebelah ... dah dia dah pun ada blog sendiri. Dulu orang tak tau dan tak reti pun nak berblog. Kalau skarang .... fuhh .. kat kedai kopi, sambil hirup kopi pekat gelap, pak lebai berketayap pun dok citer pasal blog ... pasal Rocky Blue, psal Che Det, pasal Aidid ... hmmm hebat hebat.... pasal blog huru hara blog. Malah kat TV pun .... citer blogger boy pun diulangtayang balik ...

Kenapa blog ni ramai yang suka bebenor ehh? Hmm sebab ia mudah .. ia senang buat mereka yang ingin 'hidup' di alam maya. Tak perlu edit susah2 .. tak pening2 kepala nak buat skript dan bagai, hanya klik, drag, copy and paste je. Kalau rajin skit, sesimple blog leh jadi perghhh .. elegan dan cantik ... dan kadangkala sopistikated sampai orang yang dah 'lama' dalam internet pun leh sesat jalan gitu.

Enam Sebab Kenapa Pelajar Perlu Ada Blog

Dan saya sangat rasa perasan bila banyak2 blog, blog remaja paling banyak muncul pada 2011 ni. Betul ke tak ... tengok sajalah bloglist saya .... penuh dengan derang je sampai tak muat2 gitu. Jadi, persoalannya pentingkah remaja-remaja ini yang terdiri dari remaja sekolah, remaja kolej dan remaja IPT ada blog sendiri? Perlu ke mereka ada blog sendiri?

Di sini saya berikan kenapa dan mengapa mereka perlu ada blog di zaman skang ni. Kalau dulu .. mungkin saya tak galakkan .. sebab nak dapat capaian internet pun susah, kalau ada pun .. ia mahal .. tak macam skang ni.
  1. Untuk belajar lebih baik, kita mesti mengajar. Bermaksud, kalau kita dah dapat ilmu itu semasa dalam kelas dan kuliah, lebih baik kita beritahu pada yang lain yang mungkin tak tahu dan terlepas. Blog boleh dijadikan tempat untuk menulis nota ringkas dan beberapa fakta pembelajaran ... dan pasti kita akan lebih mengingati bila kita dah menyampaikan. 
  2. Networking bercambah; meningkatkan keupayaan untuk berbincang dan bertukar fikiran. Kadangkala ada bloggers yang suka cari blogger yang sama minat, maka mereka buat list blog2 yang ada kaitan dengan apa yang mereka belajar. Selain berkongsi ilmu dan maklumat, blog jadi tempat berbincang sesuatu topik dari pelbagai sudut, gender dan mungkin tempat/lokasi belajar. 
  3. Kalau anda seorang pelajar yang dekat nak habis belajar.... blog adalah salah satu tempat untuk anda mengemukakan resume anda secara tidak langsung. Mengapa tidak? semua kisah anda diceritakan dalam tu ... dari A sampai Z .. tentu sekali ia melambangkan emosi, tingkahlaku dan pendirian anda. Anda juga boleh letak resume official tanpa ada sebarang masalah. 
  4. Tampilkan diri dalam dunia maya dan bina kredibiliti sendiri. Sesetngah syarikat percaya, seorang mahasiswa, seorang pelajar berkaliber patut ada satu blog, ia adalah pernyataan dia seorang yang ada akal panjang dan bijak. Jika dulu, mungkin tidak .. tapi kini .. semua orang hampir percaya apa yang terkandung dalam blog. 
  5. Berblog juga akan tingkatkan skill penulisan dan penyampaian anda. Ia juga beri tambahan tersendiri di mana anda boleh belajar dan mengajar secara tidak langsung. Bukan itu saja, anda juga dapat belajar skil2 lain yang tak diajar di alam nyata. 
  6. Berblog sebagai salah satu cara buat anda sebagai pelajar mendapat pendapatan sampingan, setidak-tidaknya membolehkan anda membeli top up sendiri - tanpa perlu minta pada mak bapak!

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya setuju :) orang tak sekolah macam saya pun perlu ada blog untuk belajar apa yang orang pandai pelajari :)

    BalasPadam
  2. betul, sye guna blog utk meningkatkn prestasi penulisan English sye...

    BalasPadam
  3. sangat setuju, lg 1 abg hasrul..
    boleh buat beli tiket flight.. ;P

    BalasPadam
  4. hehe!! bro..saya bukan lagi pelajarr..sudah jadi mak kepada pelajarr..kih3..sentap noks baca...hahaha!!~~ xderlah gurau jerkk..tp mmg syiok de blog ni kan..leh tambah kenalan..sy pun dah de kenalan yg kenal melalui blog tp dah close siap pos2 hadiah bagai jadi macam family dah..jumpa jer belom lagiii...

    utk pelajar pun de banyak kebaikan tapi AWAS...de jugak keburukannya kan!!~~sukerrrr info ni!!

    pssttt: sini kan selalu info bernas2...SALUTEEEE!!

    Jom mai singgah my blog....klik je link mummylovers blog ini

    BalasPadam
  5. betul tu..selain itu blog juga penting utk pelajar yang kuat study dan selalu stress..dgn blog student boleh lepaskan stress dgn post entry dan baca entry2 blogger yg lain...sprti mana yg alief lakukan..sbb alief student medic.mmg byk tekanan.huhu..sbb tu alief buat blog..utk menggembirakan ati alief dan mnghilangkan stress alief..so far,blog mmg byk menceriakan hidup alief..thanx..hehe.nice entry bro

    BalasPadam
  6. salam bro...

    selain tu, blh jugak blog ni dguna utk blaja jadi profesional secara sendiri2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement