Hmm sejauh manakah pengetahuan anda mengenai kenderaan anda? Banyak? Bagus .. apa kata kita uji salah satu part dari kenderaan anda ...iaitu tayar. Apa yang anda tahu mengenai tayar kenderaan anda? Hmmm mungkin ramai yang tahu ... tapi buat saya ... ada perkara yang masih saya tak tahu. Saya cuma tahu tentang bunga tayar (bila nak tukar bila tengok bunga tayar) dan tekanan tayar. 

Jadi, kalau anda seperti saya yang masih cetek pengetahuan mengenai tayar, mari kita tambahkan ilmu di dada mengenainya ... demi keselamatan kita dan keluarga kita apabila kita menaiki kenderaan. Jangan sampai malang muncul .. hanya kerana tayar kita sudah uzur ... akibat kelalaian dan sikap tak ambil peduli kita.

Apakah perkara utama yang perlu kita tahu tentang tayar kenderaan kita terutama kereta?
  • Tarikh ia dikilangkan
  • Tekanan maksimum tayar
  • Traction
  • Treadwear atau bunga tayar
  • Muatan Maksimum setiap tayar
  • Rating kelajuan
  • Saiz tayar

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

Tips Tentang Tayar Kenderaan Anda


  • Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita.
  • Sila periksa tarikh tayar dikilangkan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Tayar yang tamat tempoh boleh mengakibatkan kejadian tayar meletup (burst) jika digunakan. dalam kelajuan tinggi.

Menunjukkan tayar ini dikilangkan pada minggu ke tujuh dalam tahun 2007, maka tayar ini akan expired pada minggu ke tujuh 2009.
  • Periksa saiz tayar dan gunakan saiz tayar yang bersesuaian. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini P 265/60 R 18; bererti, tayar ini mempunyai kelebaran 265 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 60% dari kelebaran 265 mm, dan tayar ini adalah untuk kegunaan rim bersaiz diameter 18 inci. Huruf R bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 170 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

Penelitian tentang maklumat yang diberikan perlu diambik perhatian.
  • Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken dan sebagainya lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas. Jadi, tayar seperti ini jika digunakan di negara kita, ia akan cepat haus disebabkan cuaca yang lebih panas.
Pilih jenis tayar yang sesuai kerana suhu dan tekanan boleh menyebabkan tayar berbahaya.
  • Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih rapat bunga tayarnya, maka tahap kebisingan tayar adalah rendah, namun tayar seperti ini tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Andai anda memilih untuk menaiki kenderaan dengan kadar kebisingan rendah disebabkan tayar, tayar seperti ini selalunya dipilih tetapi perlu berhati-hati kerana tayar jenis ini kurang mencengkam ketika hujan. Saya rekomen anda gunakan tayar dengan bunga yang kasar atau tahap kedudukan bunga tayar lebih lebar, supaya lebih selamat dalam apa jua keadaan. Ia lebih mencengkam tetapi agak bising.
  • Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

  • Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement




Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement