Asal Usul Negeri Perak

Asal Usul Negeri Perak


As-Salam,
Mungkin ramai yang tahu, menerusi beberapa posting saya sebelum ini, saya berasal dari Perak, dan lebih tepat lagi dari Batu Gajah, Perak. WIfe saya pun orang Perak, cuma anak-anak saya je yang lahir merata. :) Hmmm asal-usul negeri Perak?

Tetiba dok fikir pasal tempat kelahiran saya, Batu Gajah yang terkenal dengan bandar bijih timah; saya terfikir .. bagaimana Perak mendapat nama? Saya dah tahu bagaimana Batu Gajah, Bota, Parit, Ipoh dan beberapa tempat lain mendapat nama, tapi tiada pula dalam pengetahuan saya mengenai nama ngeri - Perak.

Saya pun mencari dan akhirnya saya jumpa. Ia dipetik dari artikel yang dikirim oleh seorang ahli dalam komuniti VF.

Asal-Usul Negeri Perak

Diceritakan, pada zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak). Menurut apa yang diceritakan, dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Dan dalam mesyuarat itu, mereka bersetuju untuk menamakan ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara Tun Perak. Kesahihan kisah ini tidak dapat pula saya pastikan. Dan menurut si pengirim, ini merupakan cerita versi Almarhum Sultan Idris.

Tetapi dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan nama negeri Perak ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai ke sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri... ", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.

Begitulah adanya yang saya peroleh. Dan sebagai tambahan, saya nak juga kongsikan kepada anda mengenai Bandar Diraja Negeri Perak, iaitu Kuala Kangsar.


Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang dulu2 telah tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

Pada zaman dulu, Kuala Kangsar adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

Dan nyata sekali, Perak memang banyak benda yang dah tua... dari kapal korek pertama di Malaya yang ada di Batu Gajah sehinggalah ke penemuan Perak Man di Grik!
Bisnes Kambing

Post a Comment

6 Comments

  1. salam, batu gajah dekat tak dgn pengkalan hulu?

    ReplyDelete
  2. Salam .. Batu Gajah, Perak .. uhh jauh dengan Pengkalan Hulu .. tapi jika Batu Gajah, Kelantan...mungkin dekat. :) Kenapa yer?

    ReplyDelete
  3. bila tah nak melencong ker perak..
    asyik lalu jer..
    hukhuk..

    ReplyDelete
  4. in rupanya asal usul negeri perak..tq 4 nice info..
    anyway..sy orang perak..sungkai mari..he he :p

    ReplyDelete
  5. Meh la ke Perak .. negeri yang dah uzur ni .. :)

    ReplyDelete
  6. mari rame2 ke penghak...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com