Bundle Bukan Baju Buruk

Bundle Bukan Baju Buruk


Salam semua,

Anda peminat pakaian bundle - pakaian terpakai? Saya seisi keluarga minat bundle. Kenapa? Sebabnya saya dapat pakaian berkualiti dengan harga yang murah! Semurah RM1 bagi sehelai baju. Walaupun, ada yang cecah sampai RM30 sehelai ....  tapi beza dengan harga pasaran sebenar sampai ratusan ringgit.

Kualiti - Betul ke? Mestilah .. jika tidak ia takkan bertahan sampai boleh dijual kembali - bukti bahawa pakaian itu tahan lasak dan masih boleh digunakan. Kebanyakkan baju bundle yang dijual adalah yang terbaik dan merupakan seleksi terpilih. Ia telah sah bebas penyakit dan kebanyakkannya tiada dalam pasaran tempatan.

Saya meminati pakaian bundle sejak dari sekolah menengah. Malah, ada satu baju bundle saya missing in action sebab ia best - ramai orang pinjam dan akhirnya saya sendiri tak tahu kesudahan baju bundle tersebut.

Saya beli sebab kadangkala baju bundle menyajikan baju-baju berjenama dengan harga yang lebih memadai atau dengan kata lain - senang bagi poket trutama bagi golongan sederhana macam saya. Jenama seperti Guess, Luis Vuition, Prada ... antara barangan bundle yang dicari. Malah Levis, John Master, dan beberapa jenama pakaian lelaki turut menjadi tarikan.

Kami sekeluarga ada banyak koleksi bundle, malah kami pernah membeli sekoyan baju bundle dari Singapura - dan semuanya baju kanak-kanak dan baby berjenama OshKosh, Disney, dan beberapa lagi yang saya tak reti nak sebut (wife saya lebih arif) dengan harga magik ... RM120 sahaja .. untuk lebih dari 20 pasang baju! Semuanya masih nampak baju dan warnanya masih lagi elok (tak pudar seperti sesetengah baju bundle kat pasar malam).

Dan contoh ... tu .. gambar Humaira dengan baju bundle kembang semangkuk .. jadi jangan pandang sebelah mata dengan baju bundle. Ia masih cantik dan masih lagi boleh dipakai ..tak perlu berhabis sakan hanya kerana baju .... kerana anda boleh dapat yang terbaik dengan harga terbaik.

Oh ya .. lagi satu nak tambah ... kebanyakkan penggemar bundle suka cari pakaian yang unik dan merupakan collector's item (bagi kategori pertengahan)... sebab ada baju yang memang susah dan tak boleh dicari di Malaysia atas sebab-sebab tertentu.

**p.s: Saya pernah nak jual online baju bundle ni .. tapi last2 .. kami sekeluarga yang pakai sebab geraamm .... cantik2 belaka .. sayang nak jual .. hahahaha
Bisnes Kambing

Post a Comment

9 Comments

  1. dya pun dah mula menggemari bundle neh, ye lah, nak beli yg jenama mahal2 tu tak mampu..haha =p slalunya HH p bundle mne?area utara ni, kami kanak2 neh selalu p Doubt je.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam Dyalova, saya dan famili selalu g beberapa tempat; tapi yang paling kerap kami pergi satu outlet ni .. aiseh lupa la nama - tapi jual pakaian2 dari jepun. Sebuah outlet chainstore jual bundle, agak besar.

    Kalau tak kami g ke Factory Oulet - ada beberapa kedai kat Parit Buntar ni yang best2 ....

    ReplyDelete
  3. oh ye ke..aisehmen, jauh lah pulak nak p parit buntar..hehe tape2, terima kasih ye for the info..hehe ^^

    ReplyDelete
  4. Oh ya .. ada satu kat Penang yang best jugak .. sebelah Giant lama.. dia lebih ke Factory Outlet; pakaian situ berjenama dan harga separuh dari biasa. Emak saya ada pergi, adik saya pun ada pergi ... pakcik saya beli seluar slack John Master dan Alain Delon rega dalam RM20-30 kalau tak silap.

    ReplyDelete
  5. hehe..tak jadi jual e?
    fyna pun pernah gak beli suar jeans yang berjenama tapi yang bundle punye.
    still lagi elok sampai skrg.
    tak kisah pun ngan bundle nih.
    :)

    ReplyDelete
  6. Saya nak buju bundle dari singapure ada kat siapa?. Tolong hantar msg kat nombor 0174105567

    ReplyDelete
  7. sama la..nak jugak cari baju budak dari singapura jenama disney..oskosh..0199513474

    ReplyDelete
  8. salam tuan, boleh mohon share artikel ni? saya penjual baju bundle kanak2...:)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com