Bila Pembantu Rumah Lari ....

Mama dan Humaira ... :) (Gambar sekadar hiasan)

Alkisahnya ada sorang kawan saya bernasib kurang baik, dapat pembantu rumah yang ntah apa-apa. Tak patut betullah pembantu rumah warga indon ni - bukan nak perbesarkan isu tapi ... ishh .. korang semua tahu apa yang pembantu rumah tu buat?

Begini, kawan saya ni dan isteri satu hari tu sibuk dengan meeting di sekolah, so mereka berdua jalankan tanggungjawablah kepada anak bangsa - bagi pastikan yang anak bangsa kita ini lahir bermutu kelak. Meeting punya meeting ambik masa lama - sampailah ke petang.


Anak yang baru lahir pula dijaga oleh pembantu rumah warga Indonesia. Bila mereka balik alangkah terkejutnya mereka melihat bayi mereka yang baru selesai jalani pembedahan lembik lotik kat lantai - jatuh dari buaian. Dalam keadaan lemah tanpa nampak sebarang botol susu - menunjukkan bayi tu dah lama dan tidak diberi makan. Gamaknya dari pagi mereka keluar - bayi tu ditinggal dan terjatuh dari buaian - menangis sampai dah tak leh nak nangis lagi dalam keadaan kelaparan ... apa punya manusia la ni.

Adehh banyak sangat manusia kejam kat dunia ni dah. Dari selembut muka seorang perempuan pun leh bertindak tanpa hati budi. Saya cukup tak faham kenapa harus begitu? kalau ye pun nak lari - erkk lupa bagitahu, pembantu rumah mereka lari meninggalkan bayi mereka sendirian di rumah; bagitahulah .. atau setidaknya beritahu jiran atau apa2 je lah .. khas untuk keselamatan bayi tersebut.

Aduhai .. ini satu kes manusia yang berhati .. hmm ntahla .. susah nak kata dah. Dari selembut seorang perempuan boleh buat benda cenggini ... lagi dari orang profesional bergelar peguam .. boleh pula nak bakar2 orang ... dari seorang manusia boleh pula buang2 anak merata-rata .. aduhhh .. takut bila dengar berita begini. Apa kata anda?

**p.s: Kepada kawan saya ni .. harap bersabar atas segala dugaan menimpa .. ini hanyalah ujian untuk menguji iman kita.

Post a Comment

0 Comments