Resepsi Majlis Persandingan Juliana Radzuan 2009. Foto: Lensahasrul

Salam.
Apakah definasi anda mengenai cinta sejati? Saya fikir definasi ini pasti berlainan - hati manusia, pemikiran manusia mana nak sama - tapi betul ke? Perasaan saya pula merasakan dalam pernyataan-pernyataan mengenai definasi cinta sejati - pasti ada entiti yang menyamakannya, atau kata lain 'trademark' untuk cinta sejati. Definasi ini pasti akan jadi lain bila umur kita semakin matang .... banyak aspek mula ditambah. Kalau dah kahwin ... lain pula definasinya. Malah bagi yang putus cinta pun ada definasi sendiri mengenai cinta sejati. 

Entry saya bukan ingin mencari apa itu maksud dan definasi cinta sejati.... tetapi apakah bukti yang sesuai nak menggambarkan adanya cinta sejati. Si pencinta selalu berkata itu dan ini mengenai cinta sejati tetapi apakah bukti dia menerapkan definasi cinta sejatinya? Mari lihat apa yang saya dapat dari satu artikel ini mengenai bukti cinta sejati. Ia simple dan santai ... :) dan mungkin buat anda tersenyum.

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata,“Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

**p.s: Artikel pendek tu tak membuktikan gender memainkan peranan dalam membuktikan cinta sejati yer .. huhuhuhu... lalalala.....

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow..satu artikel yg hebat...laki tu mmg bodo sebab tolak pompuan yg sggup berkorban deminya

    BalasPadam
  2. Ataupun, kekasihnya adalah lelaki juga? haha

    BalasPadam
  3. laki tue just inginkan kesempurnaan ja...lupa asal usulnya yg buta dulu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement