Senarai Calon Drama Terbaik, Drama Rantaian Terbaik dan Filem Terbaik ASK2018

Senarai drama terbaik Anugerah Skrin 2018. Buat peminat-peminat drama TV dan filem Melayu, pastinya nak tahu drama dan filem terbaik manakah yang masuk senarai pencalonan dalam Anugerah Skrin 2018. Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) bakal diadakan di PWTC ‪pada 2 November‬ dan edisi kali ini merupakan edisi kali ke-22.

Untuk ASK2018, secara keseluruhan sebanyak 30 kategori dipertandingkan, termasuklah tiga kategori baharu. Tiga kategori baharu yang disenaraikan dalam ASK2018 adalah Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Senarai Calon Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018 (ASK2018)

Senarai Calon Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018
Edisi kali ke-22 ini bakal menampilkan 12 drama terbaik yang sebahagiannya kini sedang ditayangkan semula menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 22 September 2018.

Senarai 12 Drama Terbaik ASK2018

12 drama terbaik yang dicalonkan untuk kategori utama Anugerah Skrin 2018 - Drama Terbaik adalah:

  1. 4K
  2. Abang Kandung
    • Saiful merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Namun, dia menafikannya dan Usop pula menyebelahi Saiful.
  3. Aku Nazmi
    • Mengisahkan Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu. Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.
  4. Cucu Atuk
    • Tentang ketabahan seorang atuk yang menjaga cucunya selepas kematian anak dan menantunya. Namun atuknya terpaksa berhadapan dengan anaknya yang ada niat jahat terhadap cucunya itu.
  5. Dosa Perempuan
    • Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya.
  6. Fatonah Azali
    • Azali pulang ke kampung halamannya, setelah 7 tahun meninggalkan tempat itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Tonah, yang jauh lebih muda darinya. Pak Tam menikahi Tonah atas rasa hutang budi kepada ayah Tonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.
  7. Kasih Seorang Ayah
    • Kisah Husin yang baru saja mula bekerja di tempat baru telah dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya Aminah, tentang ayahnya, Pak Yusof yang tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Selepas puas mencari, Husin temui Pak Yusof di sebuah perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin hairan apabila melihat perangai Pak Yusof dan telah membawa ayah ke klinik untuk diperiksa doktor. Menurut doktor, Pak Yusof telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga.
  8. Luyak
    • Kisah Hidayah seorang kanak-kanak mild autism yang dipanggil Luyak oleh penduduk kampung. Hidayah selalu berada dalam dunianya sendiri dan menganggap bahawa ayahnya Zamani masih hidup. Hidayah dibenci ibunya sendiri Zaleha, kerana Hidayah dianggap sebagai punca kematian Zamani.
  9. Nisaa
    • Tentang kisah pekerja-pekerja di kilang arang. Drama ini menyinggung hak pekerja dan politik kilang. Tentang orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi duit, pengaruh dan kuasa.
  10. Pendosa Ingin Ke Syurga
    • Kisah tentang Abdullah berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isteri bersama ibunya di kampung. Janji Abdullah kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Abdullah berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn.
  11. Qalbu
    • Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.
  12. Tulus Cinta
    • Kisah Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan menghidapi penyakit leukimia.

Drama Aku Nazmi

Malam kemuncak ASK2018 pada 2 November ini bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan manakala pemenang enam lagi kategori iaitu bukan drama akan diumumkan dalam slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018.

ASK2018 masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, iaitu untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air terutama dalam penerbitan drama tempatan.

ASK unik kerana selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin ini.

Berikut adalah sebahagian dari calon-calon anugerah dari 24 kategori yang dipertandingkan. Ia merupakan 6 drama pilihan yang telah mendapat rating tontonan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia, malah adanya menjadi trending di media sosial.

Calon Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
  1. Andainya Takdir 2
  2. Isteri Untuk Diiktiraf
  3. Nafas
  4. Nur
  5. Raisha
  6. Teratai Kemboja
Berikut pula adalah senarai beberapa anugerah lain yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018 pada 2 November 2018, ini termasuklah kategori drama rantaian kategori bahasa Cina, drama komedi terbaik dan filem terbaik 2018.

Calon Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina

  1. Green Wall
  2. Growth Behind The Sun
  3. Persona 2
  4. The Men In Black School
  5. The Memoir of Majie.

Calon Drama Komedi Terbaik

Calon Drama Komedi Terbaik ASk2018

  1. Aku Dia Lagu
  2. Mak Cun 4
  3. Mat Rukun
  4. Suamiku Mat Piun
  5. Shah & Zam

Calon Filem Terbaik

  1. Abang Long Fadil 2
  2. Bisik Pada Langit
  3. Blok 404
  4. Bukan Cinta Malaikat
  5. Buskers
  6. Dukun
  7. Hijabsta Ballet
  8. Kau Takdirky
  9. Kau Yang Satu
  10. KL Special Force
  11. KL Wangan #Bikingempak
  12. Peransang Rentap
  13. Pinjamkan Hatiku
  14. Pulang
  15. Rempit Sampai Langit
  16. Tombirou: Penunggu Rimba

Senarai 24 Anugerah Malam Kemuncak ASK2018

Berikut pula adalah senarai 24 anugerah yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018.
  1. Drama Terbaik
  2. Pengarah Terbaik Drama
  3. Lakon TV Terbaik
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  8. Drama Rantaian Terbaik
  9. Pelakon Komedi Terbaik
  10. Drama Komedi Terbaik
  11. Videografi Drama Terbaik
  12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
  13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
  14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
  15. Rancangan Majalah Terbaik
  16. Rancangan Realiti Terbaik
  17. Rancangan Anugerah Terbaik
  18. Filem Terbaik
  19. Lakon Layar Terbaik
  20. Pengarah Terbaik Filem
  21. Pelakon Wanita Terbaik Filem
  22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Anugerah Skrin edisi ke-22 ini tidak menampilkan sebarang hos utama, tetapi melibatkan 12 orang penyampai anugerah di kalangan karyawan seni tanahair. Siaran langsung ASK2018 dari PWTC boleh disaksikan di TV3 pada 2 November 2018 jam 9:00 malam.

Siapakah yang bakal mengungguli ASK2018 ini? Kita saksikan nanti ye .. huhu.

Buat siapa yang tak minat drama tu, leh la usyar filem pulak .. hehehe.

Sumber: MStar


Post a Comment

4 Comments

  1. Minat gak drama tapi drama-drama yang tercalon tu apasal ntah tak banyak yang Mrs. A familiar huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. good morning kakak, numpang gabung ya.. hehe

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.