Al Quran adalah kitab suci umat Islam. Kesuciannya dipelihara bermula dari ianya dicetak sehinggalah ke proses melupuskannya. Sebelum ini, saya pernah ceritakan bagaimana Al-Quran itu dibakar sebagai salah satu cara untuk melupuskannya. Tetapi sekarang, sudah ada kaedah lain untuk pergunakan kembali lembaran Al Quran yang uzur dan rosak.

Dengan andanya Nasyrul Quran, lembaran dan kitab Al Quran lama dan uzur kini boleh dikitar semula untuk dijadikan sebagai kertas kudus untuk digunakan bagi penghasilan seni khat yang cantik.

Hasilkan Khat Cantik dari Lembaran Al Quran Lama dan Uzur

Khat Cantik dari Lembaran Al Quran Lama dan Uzur
Mungkin ramai yang tak mengetahui akan hal ini, tetapi di Nasyrul Quran, sebuah kompleks percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia ada menunjukkan cara-cara bagaimana Al Quran lama yang uzur dikitar semula untuk menghasilkan satu lembaran kertas yang baharu dikenali sebagai kertas kudus (qudus paper).

Kertas Kudus

Kertas kudus ialah naskhah al-Quran lama yang dijadikan kertas semula melalui teknik rendaman dan kisaran. Kemudian ia akan diterap menjadi kepingan-kepingan kertas nipis. Kertas ini digunakan semula untuk menulis ayat-ayat al-Quran.

Ia digunakan sangat meluas dalam penghasilkan seni khat dan kaligrafi, malah teknik menggunakan kertas kudus untuk seni Islam telah lama wujud di Malaysia. Cuma mungkin, masyarakat Islam di Malaysia kurang mengetahui mengenainya kerana kekurangan info dan juga sebaran maklumat.
Khat Cantik dari Lembaran Al Quran Lama dan Uzur

Jika anda ke Nasyrul Quran, ada ditunjukkan beberapa contoh kertas kudus ini, dan hasil seni khat yang menggunakan kertas recycle Al Quran lama.

[Lihat] 20+ Gambar Galeri dalam Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk pelajari secara am bagaimana nak hasilkan kertas kudus ini dari Al Quran lama. Prosesnya tidaklah rumit tetapi mesti dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk menjaga kesucian ayat-ayat dalam Al Quran itu sendiri.

Lembaran lama Al Quran dicarik-carik menjadi lebih kecil, diletakkan dalam blender atau pengisar, kemudian letakkan air bersih dan dikisar sehingga halus.

Anda tentu pernah membuatnya dulu di sekolah, samada untuk membuat topeng atau pinggan mangkuk menggunakan kertas atau suratkhabar terpakai.

Teknik tersebut dinamakan papier mache. Ia teknik yang lebih kurang sama sahaja dengan apa yang ditunjukkan di Nasyrul Quran untuk penghasilan kertas kudus.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai bagaimana lembaran lama Al Quran dibentuk menjadi kertas kudus ini, bolehlah pergi ke Nasyrul Quran tu ye. Saya nak ceritakan pun tak berapa reti sangat ni .. haha

Lihat rupa bentuk kertas kudus di bawah, yang saya ambil gambarnya semasa lawatan seisi keluarga ke Nasyrul Quran Putrajaya.
Cara kitar semula Quran uzur dan lama
Cara kitar semula kertas Al Quran lama dan uzur
Daripada cebisan kertas lampiran lama Al Quran itu, ia kemudiannya menjadi kertas kudus untuk penghasilan seni khat seperti ditunjukkan di bawah ini.

Proses Untuk Hiasi Kertas Kudus dari Lembaran Quran Lama

Process to decorate qudus paper
Nampak cantik kan? Memang menarik sekali. Dengan gunakan teknik yang selama ini pernah belajar di sekolah, lembaran Al Quran lama dan uzur boleh dikitar-semula dan digunakan pula untuk dijadikan kertas kudus bagi khat.

Jadinya, selain melupuskan Al Quran lama dengan cara membakar dan menanamnya atau mengalirkan abunya ke sungai dan laut, bolehlah gunakan teknik papier mache ini untuk dijadikan seni khat yang cantik.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement